Dalam dunia ini sememangnya bukan sahaja diduduki oleh manusia malah makhluk-makhluk lain. Namun, kebanyakan masyarakat kita percaya akan kewujudan makhluk halus sehinggakan kadang-kala ‘bertentang mata’ pula dengannya.
Baru-baru ini, seorang ‘videographer’ secara tidak sengaja telah merakam kelibat ‘makhluk halus’ ketika menerbangkan drone miliknya di Muzium Terengganu.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @aq_map ini dia mengatakan teringin untuk melakukan penggembaran di muzium tersebut.
Pada awalnya, lelaki ini telah meminta izin dari pengawal keselamatan untuk membuat video suasana sekitar Muzium Negeri Terengganu.
Beberapa hari kemudian, dia menunjukkan video tersebut kepada isterinya namun selepas ditegur tentang sesuatu dalam video berkenaan dia akhirnya terkejut.
Walau bagaimanapun, dia menjelaskan ketika proses ‘editing’ berlaku dia tidak sama sekali perasan dengan benda yang pelik dalam video itu. Apabila video tersebut dimuat naik, dia baru sedar telah merakamkan kelibat makhluk yang dipercayai pocong di bahagian bangunan sebelah kiri.
Namun dia hanya menyifatkan ‘benda’ tersebut adalah satu prop muzium Terengganu ataupun sebaliknya kerana difahamkan muzium itu juga mempamerkan tentang pengurusan kematian.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut merasa seram sejuk apabila melihat video berkenaan. Bukan itu sahaja, apa yang menarik perhatian apabila seorang pekerja Muzium Terengganu mengatakan ‘benda’ itu sebenarnya patung angkasawan. Malah ada juga yang berkongsikan pengalaman ketika berkunjung ke muzim itu.
Antara komen warganet:
” sy keje muzium terengganu bang.. tu bukan pocong tu patung angkasawan yg budak2 letak muka ambik gambar “
“tapi muzium Terengganu memang berhantu..”
“tu bukan patung angkasawan untuk ambik gambar ke haha..”
“haha tu rasanya patung angkasawan yang budak-budak ambik gambar..”
Perkongsian yang tular di laman TikTok: