Fitrah orang perempuan pastinya mereka suka akan perkara yang cantik. Jadi tidak hairan lah jika ramai yang memakai alat solek agar kelihatan lebih berseri sekaligus dapat meningkatkan keyakinan diri.
Bila perlu hadir ke majlis perkahwinan, tentu lagi meriah makeup mereka, dan sudah pasti yang menjadi mangsa adalah abang-abang yang membasuh pinggan mangkuk.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini mengeluh apabila kesan lipstick pada cawan sukar untuk dibersihkan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @sejukweh, kelihatan seorang lelaki ditugaskan untuk membasuh pinggan mangkuk serta cawan di sebuah majlis kenduri.
Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah, gelagat lelaki tersebut yang gigih menyental cawan namun kesannya gincu masih lekat!
Lebih lucu apabila netizen mengesyorkan untuk lelaki berkenaan membasuhnya dengan pencuci make up untuk menanggalkan bekas lipstick pada cawan berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perkara tersebut bahkan membuatkan orang ramai boleh relate dengan situasi itu.
“Ini pakai Sunlight memang tak hilang bang, kena pakai micellar water baru hilang,” kata salah seorang netizen
“Maybelline Super Stay Lip Matte Code 210 ni, hahaha”,- Warganet
Bukan itu sahaja, ada juga yang siap memberi nama dan kod lipstick yang sememangnya sangat sukar untuk dibersihkan dan tahan lama.
Antara komen warga maya:
‘Kuasa lipmate maybelline”
“Malam dah ni.. dah hilanng ke belum?
“Lepas ni kena standby make up remover kat tepi la bang”
“Pakai cat ke gincu tu..kalau 10 cawan macam tu mau 2,3 hari baru habis basuh”
“Can u ask what brands she use? hahahaha”
“Dia pakai lipstick ke artline 100 parmenent elok je melekat tu..”
Video yang tular di laman TikTok:
Adooiii lenguh juga tangan kalau macam ni, agak-agak abang tu tengah membasuh lagi ke tak eh hahahaha