Connect with us

Viral

“Guna sabun cuci kereta ke?” 3 Pelajar Basuh Baju Di Dobi Sampai Mesin Baju Berbuih Buat Netizen Terhibur

Servis dobi “ekspres” atau dobi layan diri wujud sebagai satu kemudahan untuk mencuci pakaian tanpa perlu berpenat. Ia menjadi pilihan kebanyakan masyarakat yang tidak berkesempatan untuk mencuci pakaian sendiri.

Namun pun begitu, kita sedia maklum setiap peralatan elektrik mempunyai cara penggunaannya sendiri.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana tiga orang pelajar yang membasuh baju di dobi tetapi lain pula jadinya telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mohdhariz_, kelihatan tiga orang pelajar lelaki sedang membasuh baju di kedai dobi yang tidak dikenal pasti.


Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila mesin basuh baju yang digunakan mereka kelihatan penuh dengan buih sehingga melimpah-limpah ke lantai.

Mereka juga tidak menyangka dengan menambah sedikit lagi sabun ke dalam mesin basuh akan berbuih seperti itu.

Dapat kita lihat mereka dengan pasrah menarik satu per satu baju yang berada di dalam mesin basuh untuk dibersihkan semula.

“Aku sebagai cleaner dobi amat sedih melihat ini” – Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak dapat menahan ketawa apabila melihat mereka yang gigih mengeluarkan semula satu per satu baju yang dipenuhi dengan buih sabun.

Bahkan ada yang berseloroh mengatakan mereka bukan sahaja membasuh baju malah turut mencuci satu kedai dek kerana air sabun yang melimpah hingga ke lantai.

Antara komen warga maya:

“bukan baju je dia cuci.. dengan kedai2 dobi tu sekali dia cuci..”

“bang kau guna sabun cuci kereta ke?”


“kalau macam ni biasa owner dobi minta duit lebih untuk basuh balik mesin tu”

“aku pun pernah jadi weyy”

Video yang tular di laman TikTok:

@mohdhariz_ Pov : bila geng laki mendobi #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #masukberanda #budakasrama #janganhisapgam #mainbuih ♬ original sound – Bubih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.