Connect with us

Viral

Gunting Orkid Dekorasi Aidilfitri Jiran, Lelaki Busuk Hati Undang Kecaman Netizen

Dalam hidup berjiran, kita hendaklah menerapkan sikap bertolak ansur antara satu sama lain. Andai kata ada tersalah atau terkurang, perlulah kita mengambil peranan untuk menegur dahulu sebelum membuat sebarang tindakan.

Pun begitu lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki merosakkan tanaman jiran dengan alasan membuat ruang awam seperti hak persendirian.

Ramai ang tidak memahami hak pemilikan bersama bagi hartanah strata walaupun ia telah dikuatkuasakan Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) atau Pejabat Tanah Daerah (PTD).

Jadi tidak hairanlah jika ada diantara mereka menggunakan ruangan awam seperti koridor pejalan kaki sebagai milik ‘persendirian’ dengan meletakkan barang atau pasu bunga dengan alasan mahu kawasan rumahnya tampak cantik.

Pun begitu, tidak semua orang selesa dengan keadaan sebegitu kerana ia disifatkan mengganggu aktiviti harian dan jiran tetangga.

Memetik laporan mStar, seorang lelaki yang dianggarkan berusia 50-an didapati sengaja merosakkan tanaman pokok bunga yang diletakkan di laluan koridor dengan menggunting kesemua bunga orkid yang ditanam mencuri perhatian ramai.

Ia berkemungkinan dilakukan kerana rasa tidak puas hati apabila laluan koridor sebuah apartment dijadikan ruang ‘persendirian’ selepas pemilik unit berhampiran menjadikan ruangan tersebut sebagai ‘taman bunganya’.

Perbuatan khianatnya itu bagaimanapun dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi rakaman video berdurasi 1 minit, lelaki bertopi yang memakai baju dan seluar pendek berwarna kelabu itu dilihat membawa gunting bersama.

Dia kemudian didapati menggunting kesemua bunga orkid yang berada di ruangan awam tersebut.

Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Meninjau di ruangan rata-rata warga netizen menyifatkan perbuatan tersebut lahir daripada hati manusia yang dengki melihat orang lain.

Berikut merupakan komen warga maya:

“dengar tiap tahun nak raya dia akan buat gitu..kesian kakak tu kan..”

“salah ke orang tu berhias kat kawasan rumah die.. kau yang lalu nak pergi ke lif pun sejuk mata tengok.. orang macam ni duduk hutan je la..”

“bunga tu tak salah..”


“ish buruknyaaa perangai.. hasad dengki tu..”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.