Connect with us

Viral

Guru Hidap Bipolar Cuba Ke Sekolah, Tak Sangka Lain Yang Jadi

Jika nak dibandingkan dengan dulu, penyakit mental kini dapat diterima oleh orang ramai. Malah, banyak pihak yang telah menekankan tentang betapa pentingnya kesihatan mental.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, bagi seseorang yang menghidap penyakit mental seperti bipolar bukanlah mudah. Untuk pengetahuan semua, bipolar menyebabkan terjadinya perubahan mood yang ekstrem. membuatkan pesakit berasa sangat bahagia atau sangat sedih.

Persis seperti seorang guru sekolah, Haryati Hossen, 37, mengalami kemurungan hampir tiga bulan sehingga terpaksa mengambil ubat penenang untuk meredakan rasa berdebar.

Enggan terbawa-bawa dengan perasaan sendiri, dia mengambil keputusan untuk melawat rakan sekerja di sekolah selepas dua bulan berehat di rumah.

“Saya buat keputusan nak pergi ke sekolah pagi tu selepas lama bercuti. Saya masih MC (medical certificate) cumanya saya datang melawat kawan di bengkel sekolah saja. Saya belum bersedia nak jumpa sesiapa tapi atas nasihat doktor, saya kena cuba juga. Doktor suruh tu supaya saya boleh kurangkan perasaan cemas dan bimbang ni.

“Masa sampai di sekolah, saya duduk lama dalam kereta. Saya sengaja parking dekat belakang sekolah supaya orang lain tak nampak. Agak cemas bila dengar suara anak-anak murid. Tapi apabila sampai saja bengkel, saya terus hyper lepas nampak kawan (rakan bertugas). Dia baru habis kelas mengajar jadi bengkel kosong masa tu tak ada orang.

“Saya tak ambil ubat doktor bekalkan untuk kawal anxious masa jumpa dia. Saya nak cuba kawal perasaan, next time kalau panik tak bergantung dengan sebarang pil. Sebelum ni apabila sebut saja fasal kerja terus saya sesak nafas dan menggigil,” ceritanya.

Ibu kepada dua cahaya mata ini turut menjelaskan bahawa ubat yang diberikan mampu membantu menenangkan perasaannya yang ‘melampau’ namun pengambilannya harus dikawal bagi mengelakkan ketagihan dan overdose.

Guru yang mengajar di Johor ini mengetahui dirinya mempunyai masalah bipolar mood disorder type 2 setelah berjumpa psikiatri.

“Mula-mula saya cuba buat ujian online dan menujukkan keputusan teruk. Jadi saya berjumpalah dengan doktor. Tak sampai sejam doktor sahkan saya ada bipolar sebab simptom ketara sangat.

“Saya tarpaksa makan ubat sebab ada mood yang ekstrem. Kalau gembira, jadi terlalu energetic dan racing thoughts sampai tak boleh rehat atau tidur. Kalau sedih, akan sedih sangat sampai murung dalam tempoh lama.

“Saya mula jadi macam ni selepas ada masalah di tempat kerja. Orang sakit mental akan cepat terkesan dengan dua perkara tak kiralah stres dan persekitaran toksik seperti di tempat kerja atau rumah,” katanya.

Menurut wanita yang sudah berumah tangga lebih 13 tahun ini walaupun keadaanya belum pulih sepenuhnya, tetapi dia merasakan telah banyak perubahan positif berlaku dan video yang tular baru-baru ini adalah untuk simpanan peribadi serta tanda pencapaiannya yang semakin baik.

Haryati sempat menasihati orang lain agar tidak mudah berputus asa atau malu untuk berterus-terang mengenai penyakit mental yang dialami.

“Jangan malu atau takut mengaku kita ada sakit mental sebab selagi kita sembunyikan apa kita rasa, masyarakat tak akan faham. Mereka akan terus judge orang mental ni gila.

“Kalau rasa diri tu tak okay, terus berjumpa doktor pakar dan jelaskan secara terperinci perasaan tu supaya mereka boleh tentukan dos ubat bersesuaian,” pesannya.

Video yang tular di laman TikTok

@haryatihossen Ok dah sampai. #bipolarmooddisorder #mentalhealth ♬ original sound – haryatihossen

Continue Reading
Advertisement