Connect with us

Viral

“Habis nasi siap baju kurung” Makan Nasi Kandar Guna Meja Jahit, Gelagat Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur!

Setiap perniagaan mempunyai cara marketing mereka tersendiri bahkan pada masa kini ramai yang membuat ‘konsep’ tertentu di dalam kedai makan mereka.

Iospital phone repair gombak

Contohnya kedai makan bertemakan ‘hantu’ dimana mereka meletakkan patung-patung hantu, nama makanan yang pelik, pelayan yang memakai kostum bagi melahirkan ‘vibe’ seram pada pelanggan.

Ada juga yang berkonsepkan floral dimana masuk sahaja kedai makan seolah-olah kita berada di mini garden. Menarik bukan?

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana kedai makan ini berkonsepkan barangan antik dimana barangan tersebut sangat jarang untuk dijumpai pada masa kini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @rosiditalhad, dia sempat merakamkan gelagat seorang lelaki ketika makan mencuri perhatian ramai.


Difahamkan, dia pada ketika itu berada di restoren nasi kandar dengan dekorasi moden klasik.

Dapat kita lihat salah seorang pelanggan itu berselera makan hidangan sambil bermain telefon, lelaki itu turut melayan meja makan di kedai itu dengan menggerakkan kaki mengayuh paddle kaki mesin jahit klasik zaman 90-an yang disediakan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat pelanggan itu yang bersungguh-sungguh mengayuh malah ada yang berseloroh jika disediakan kain, mungkin siap sepasang baju.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengibas kembali kenangan nostalgik apabila melihat mesin jahit tersebut.

Antara komen warga maya

“Habis nasi tu settle baju kurung sehelai..”

“Roda tu la stereng kereta masa kecik2 dulu.. korang dak2 muda apa tauu”


“Aku nak meja ni.. hahahaha aku ni jenis bila makan, kaki tak leh duk diam..”

“Syok pula dia melayan.. hahaha sambil makan sambil senaman kaki namanya..”

“Feel dia tak boleh bawa bincang, habis sepinggan pun tak sedar”

“Bersantaii.. multitask betul dia.. kaki tangan semua gerak”


Video yang tular di laman TikTok:

@rosiditalhad #foodtiktok #nasiganja #nasikandarmelayu #artfood ♬ Cahaya Cinta – Album Version – Flybaits

Continue Reading
Advertisement