Zaman kanak-kanak adalah memori yang paling indah untuk dikenang apatah lagi jika kita dibesarkan di dalam suasana kampung, pasti pelbagai aktiviti yang dilakukan.
Contohnya seperti memancing di parit, mandi sungai tanpa kebenaran orang tua dan sebagainya.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang budak lelaki yang berbasikal sambil memegang sepeket maggie mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @mrxxkobba, kelihatan gelagatnya itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang turut menggunakan jalan kampung itu.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah satu badan budak itu berlumuran dengan lumpur. Bila ditanya, budak itu menjawab dia balik dari beli sepaket Maggi.
Situasi tersebut nyata membuatkan perakam terhibur apatah lagi suaranya yang comel persis suara Mail dalam animasi Upin & Ipin.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meninggalkan komen lucu bahkan sempat berseloroh meminta adik ini gembira terlebih dahulu sebelum ‘dilibas’ rotan dengan mak di rumah.
“Senyum je dia, hahaha. Zaman kanak-kanak kampung dulu memang best” – Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga akui kehidupan di kampung ketika kecil sangat indah bahkan memori tersebut dibawa sehingga ke akhir usia.
Ada juga segelintir netizen yang turut berkongsi kenangan manisnya ketika zaman kanak-kanak terutamanya ketika berada di kampung.
Antara komen warga maya:
“Nikmati dik… besok lusa bila dah besar, hanya mampu senyum mengenang”
“Dia jatuh ke dalam lumpur, kesian kalau jatuh, maggie tetap selamat”
“Suara dia macam Mail Upin Ipin laaaa, bawa basikal pun samaa”
“Saya tak tahu nak gelak atau nak sedih”
“Budak2 bandar tak merasa macam ni dikk”
“Kau berkubang celah mana ni dikkk.. jenuh nak basohhh baju..”
“Aku rasa balik terus kena budak ni”
“Walaupun berlumpur satu badan, maggie mak tetap ada”
“Betul kau cipta kenangan terindah dikk”
Video yang tular di laman TikTok: