Sudah menjadi kebiasaan orang kita, bila datang kenduri kawan-kawan terdekat terutamanya, mesti kita akan bagi hadiah sebagai tanda tahniah kan?
Mungkin selalu kita tengok pengantin dapat pinggan mangkuk, alat elektronik dan sebagainya. Tapi zaman pun dah berubah. Takkan nak bagi benda sama je kan?
Bercakap soal hadiah pengantin, baru-baru ini tular apabila pasangan pengantin terkejut dihadiahkan dengan hadiah unik!
Sehingga boleh dikatakan berkemungkinan besar belum pernah dibuat orang. Video berdurasi 17 saat itu ternyata mencuit hati ramai pengguna TikTok.
Video yang dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Daniel Halis memaparkan seorang lelaki muncul di kenduri tersebut dengan membawa seekor kambing.
Orang ramai di kenduri tersebut turut hairan dengan kedatangan lelaki yang membawa sekali kambing comel itu.
Ya lah, gayanya datang ke kenduri pengantin selamba sahaja sambil menarik kambing yang dibawanya menggunakan tali.
Rupa-rupanya itu hadiah yang nak diberikan kepada pengantin. Pasangan pengantin yang melihat pun tak menyangka akan dihadiahkan hadiah bernyawa!
Pun begitu, pasangan pengantin kelihatan tersenyum gembira. Mungkin teruja kerana dapat hadiah sedemikian.
Walaupun belum sampai 24 jam video itu dikongsi, ianya tular dengan hampir 1 juta tontonan dan 56.3 ribu tanda suka!
Video yang tular di laman TikTok
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut terhibur melihat ‘hadiah’ yang bernyawa yang dihadiahkan kepada pasangan pengantin tersebut.
Mereka sempat berseloroh kambing yang dihadiahkan itu boleh dikorbankan pada hari hari tertentu.
Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan netizen di TikTok
“tu dia… simpan utk akikah anak nnt😅😅”
“Ini baru betul hadiah ada makna 😂, halus benar kiasan dia😅”
“sekoq 1k oo 😂😂😂 . untung spa member dia”