Connect with us

Viral

“Hadiah Hari Lahir Paling Perit” Sehari Sebelum Hari Lahir ke 29, Suami Dijemput Ilahi

Hari lahir sepatutnya menjadi hari yang bahagia. Tetapi berbeza bagi wanita ini apabila suaminya terlebih dahulu menghadap Ilahi apabila terlibat dalam satu kemalangan.

Puan Asyrafiah Sabri di dalam satu posting di Facebook berkongsi catatan sedih dan doa buat suaminya yang kini sudah pergi buat selamanya sehari sebelum tarikh hari lahirnya.

Semoga Arwah Fikri Hamiz ditempatkan bersama orang-orang beriman dan Puan Asyrafiah tabah dengan ketentuan Ilahi

PERGINYA SEORANG KEKASIH HATI KE SISI KEKASIH ABADI

Hari ini, genaplah saya berumur 29 tahun. 3 hari lepas, suami saya mintak saya pilih, nak staycation atau barang sebagai hadiah birthday saya.

Tapi minggu lepas, kami berjalan habis-habisan. Berjalan ke KLCC, esoknya tawaf Sunway Pyramid.

Dan sempat beliau pilihkan travel perfume dan travel lotion Bath & Body Works yang beliau suka, untuk kami guna sama-sama dalam birthday vacation kami di Bali, 23 Mac 2019. Tapi tak kesampaian kami nak sambut, suami saya dah pergi dulu pulang ke tempat asalnya.

Al-Fatihah abang.

Saya memang rapat sangat dengan arwah suami. Rapat gila-gila. Macam kembar. Kitorang mesti kena ada benda yang sama.

Baju sama. Seluar sama. Kasut travel sama. Kasut sukan. Handphone. Apa yang suami makan, dia akan tapau untuk saya.

Yang saya beli travel set Bath & Body Works tu pun, suami cakap nak jugak 1 set beli lepas gaji dari company lama dia clear, tapi tak kesampaian juga. Al-Fatihah abang.

Trylah beli satu barang je, mesti sorang lagi merajuk nak benda yang sama. Memang merajuk! Sama ada saya atau pun dia.

Saya rasa saya macam baby dengan suami saya. Tengah malam kalau suami tidur arah lain, saya tarik dia mintak dia peluk.

Kalau tak, saya merengek macam baby. Terima kasih abang, sabarnya melayan baby tua sepanjang perkahwinan kita bang.

Sempena hari ulang tahun ke-29 saya ni, saya taknak mintak banyak dengan Allah, tapi saya mintak Allah terima doa saya yang banyak dosa ni tanpa hijab, masukkan suami saya, Fikri Hamiz bin Hamidun ke dalam syurga-Nya tanpa hisab dan satukanlah kami berdua di syurga-Nya nanti.

Pemergian abang, meninggalkan cinta yang paling dalam.

Terima kasih abang, akulah satu-satunya isterimu hingga akhir nyawamu.

Nukilan 7 Mac 2019

Asyrafiah Sabri

Birthday girl yang tak pernah berhenti cintakan Fikri GreatEastern Takaful

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.