Siapa kata pelajar sekolah tak boleh berseronok di sekolah? Sebenarnya banyak trend-trend dari negara luar yang boleh kita ikut untuk have fun dengan kawan-kawan.
Seperti yang pernah tular beberapa tahun lepas, Mannequin Challenge, di mana ramai pelajar sekolah telah menyertai trend ini yang memerlukan semua orang untuk berlakon seperti patung, termasuklah guru-guru mereka!
Terbaharu, tular pelajar sekolah di Brunei membuat trend No Bag Day, di mana pelajar di sekolah berkenaan dilarang membawa beg sekolah untuk mengisi barangan mereka.
Oleh itu, mereka dibenarkan membawa apa sahaja selain beg yang boleh menampung barangan keperluan sekolah seperti buku, kotak pensil, fail dan lain-lain.
Video yang dimuat naik oleh @actuallyitsfai telah mengundang ketawa ramai setelah melihat pengganti beg yang dibawa pelajar sekolah ini lagi-lagi ada yang siap bawa patung kuda dan rice cooker berjenama kepunyaan ibu mereka!
Tidak dapat dinafikan, pelajar-pelajar ini memang geliga dan tidak dapat dijangka-jangka. Malah, ada yang membawa carrier bayi dan carrier kucing menyebabkan netizen tidak dapat menahan ketawa!
Sehingga kini, video yang dikongsikan pada minggu lalu ini telah berjaya meraih tontonan sehingga 445.7 ribu serta mendapat 31.4 ribu tanda suka!
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakannya terhibur melihat pengganti beg yang dibawa oleh pelajar sekolah tersebut. Malah, mereka turut dipuji kerana masih boleh have fun dalam cara yang kreatif dan sihat.
Betikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“yg lain oky lgi..smpai dkt yg tarik kuda tu aku tergelak😂😂”
“THE RICE COOKER”
“periuk noxxa ke tu?😂😂😂 ni kalau hilang mak marah lagi teruk dari hilang tupperware 😅😅”
“Yg bawa penyangkut baju tu😂😂😂😂😂😂 Dia gantung je dia punya file n buku2😂😂😂”
“Haha confirm oyen marah kakak dia guna carrier dia gi s😂ekolah”
“Baguslah adik2 suma bersekolah didalam keadaan yg lebih kasual dan having healthy fun sometimes.”
Video yang tular di laman TikTok