Tok Guru Nik Aziz ini cukup disegani oleh ramai orang. Beliau sering menyampaikan dakwah, menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat dan merupakan seorang guru agama di beberapa buah sekolah yang terletak di Kelantan.
Oleh sebab itu, dia diberi dengan gelaran ‘Tuan Guru’ atau ‘Tok Guru’. Pada tahun 2015, pemergiannya nyata meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada penyokong-penyokong serta rakyat Kelantan.
Pun begitu, baru-baru ini kelihatan pelawak dan penyampai radio terkenal Jep Sepahtu telah memuat naik satu perkongsian di laman Instagrammya sekaligus meluahkan rasa syukur kerana sempat menziarahi pusara tokoh politik itu bersama rakan artis yang lain di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu.
Menerusi hantaran tersebut, difahamkan Jep Sepahtu atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin ini menjelaskan dia sudah lama menyimpan hasrat berkenaan.
“Alhamdulillah hajat tercapai. Al-fatihah buat yang disayangi ramai Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-fatihah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam video itu, memaparkan Jep disertai rakan pelawak Rahim dan Ilya yang turut memanjatkan doa serta bertafakur dan buat Almarhum Tok Guru Nik Aziz.
Dalam pada masa yang sama, mereka juga melawat masjid yang dibangunkan oleh Tok Guru dan turut berkongsi foto bersama anaknya Nik Abduh Nik Aziz.
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen yang meluahkan rasa pilu dan rindu terhadap almarhum Tok Guru Nik Aziz. Bukan itu sahaja, ada yang turut memuji Jep serta rakan artis yang masih sempat melawat pusara berkenaan di Kelantan.
Antara komen warga netizen:
“Good job jep, kalau sapa-sapa melawat kelantan jgn lupa singgah pusara tok guru..”
“Sifat Tawaduk Jep jelas sgt. Ketika bergambar di sisi pusara, dia memilih utk tunduk berbanding melihat ke arah kemera..”
“Saya bukan Islam, tapi tokoh ini meninggalkan kesan yg mendalam kepada byk orang. Semoga teladan yang dia tinggalkan akan terus diamalkan..”
“Innalilahiwainnalillahirojiun Al-fatihah .. Alhamdulillah msih ada artis yg cintakan ulamak .. smoga hidup kita mnjdi satu kberkatan didunia dan diakhirat..”
“Masih ingat lagi sinar pagi, jep cakap teringin nak pegi kelantan. Makan makanan kelantan, alhamdulillah tercapai hajat..”
Perkongsian yang tular di laman Instagram: