Kisah mengenai adik Muhammad Iman Al Khausar Ismail sebelum ini pernah mendapat liputan daripada media.
Semalam, selepas menderita selama 10 bulan adik Iman telah disahkan meninggal dunia pada 19 Jun 2020 (Jumaat).
Adik Iman telah pergi menemui penciptaNya
Difahamkan, berita sedih itu dikongsikan oleh ibu kepada adik Iman iaitu Nursasabila Kamarulzaman menerusi akaun Facebooknya.
Ibu adik Iman telah memaklumkan bahawa anak kesayangannya yang baru sahaja berusia 3 tahun itu telah pulang ke Rahmatullah.
Adik Iman anak tunggal keluarganya
Apa yang lebih meruntun hati apabila mengetahui adik Iman ini sebenarnya anak tunggal dalam keluarganya.
Pemergiannya adik Iman juga merupakan satu tamparan hebat buat Nursasabila dan suami.
Detik hitam buat adik Iman
Adik Muhammad Iman Al Khausar merupakan seorang kanak-kanak yang dilahirkan secara normal.
Pada 17 September 2019 merupakan detik hitam buat adik Iman apabila kepalanya telah terhantuk pada kerusi ketika bermain.
Insiden itu telah mengubah nasib anak kecil ini dalam sekelip mata sahaja.
Adik Iman menghidap kanser saraf
Difahamkan juga, adik Iman disahkan menghidap kanser saraf tahap 4 pada 22 Oktober 2019.
Kira-kira sebulan setelah dimasukkan ke hospital berikutan hentakan di kepala dan menyebabkan pendarahan.
Menurut doktor, terdapat ketumbuhan di kepala dan belakang matanya. Setelah hampir 10 bulan menderita, anak syurga ini telah kembali kepada pencipta-Nya.
Pergilah cinta
Ruangan komen Facebook Nursasabila Kamarulzaman dibanjiri dengan ucapan dari netizen. Rata-rata warganet menzahirkan ucapan takziah buat adik Iman dan keluarga.
Semoga ahli keluarga arwah adik Iman terus tabah dan kuat menerima dugaan yang diberikan ini.