Seorang warga emas yang terpisah lebih lapan bulan dengan keluarganya di Singapura ditemukan meninggal dunia keseorangan di rumahnya di Taman Pelangi di sini hari ini.
Difahamkan mangsa, Er Chiang Seng, 77, tinggal seorang diri di rumah dua tingkat tersebut memandangkan keluarganya kini berada di Singapura.
Mangsa terbaring tidak sedarkan diri
Memetik laporan Utusan Malaysia, kejadian itu disedari oleh jirannya selepas melihat pintu belakang rumah mangsa dalam keadaan terbuka.
Menurut jiran mangsa, dia yang pelik dengan situasi itu dan bimbang sesuatu perkara buruk terjadi telah bertindak memasuki rumah tersebut.
Mangsa terbaring di dalam tandas
Ketika memasuki rumah tersebut, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri di dalam tandas.
Dia kemudiannya menghubungi pihak polis dan bomba pada pukul 10.44 pagi untuk mendapatkan bantuan.
Dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian
Jelas Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Nordatul Badrol Abd. Rahman berkata, seramai 11 anggota dengan kekuatan dua jentera telah dikejarkan ke rumah warga emas itu sebaik menerima panggilan pukul 10.44 pagi.
Beliau berkata, ketika pihaknya tiba di tempat kejadian mendapati lelaki warga emas tersebut terbaring tidak sedarkan diri dalam tandas.
“Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini yang tiba membuat pemeriksaan kemudian mendapati warga emas itu sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.