Connect with us

Selebriti

“Hancur hati, jiwa dan raga! Aku buntu.” Pernah Didiagnos Kanser Usus, Enot Kongsi Kisahnya

Enot pada hari ini, Jumaat telah berkongsi kisah dimana beliau pernah disahkan menhidap kanser usus di laman Instagram miliknya.

Katanya kejadian itu adalah pada tahun 2013 yang membuatkan dirinya hancur hati dan terperap kemurungan.

Walaubagaimanapun menurutnya kini Enot sudah sembuh dan bersedia untuk kembali ke dalam dunia seni.

#throwbackfriday (Dah sembuh 3 tahun yer)

“Assallamualaikum . 2013: aku disahkan menghidap kanser usus, early stage. Hancur hati, jiwa dan raga! Aku buntu. Aku pilih tuk terperap kat rumah, murung dan kecewa.

“But 1 day, aku tersedar; Sampai bile aku nak macam ni? Aku ada anak-anak yg msh perlukan aku dlm hidup diorg. Aku kena kuat!. Klu org tanya dari mane dtgnya kekuatan tuk aku bangkit?

“Jawapannye adalah ANAK! Bagi aku, anak2 la ubat paling mujarab! Mereka bagi aku kekuatan tuk aku bangkit dan lawan smpailah tamat zaman penderitaan tu. Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah.

“Terima kasih berikan aku anak2 yg memahami keadaan aku ketika itu. Aku yakin Allah adalah sebaik2 perancang. Dia merancang kehidupan aku dr senang ke sakit & kembali sembuh macam biasa.

“Semua tu aku anggap takdir supaya aku belajar bersyukur dgn nikmat yg Allah beri! Alhamdulillah. Sekarang, aku berdoa pada Allah supaya aku sentiasa sihat, kuat dan bertambah2 meletop untuk aku mampu meneruskan perjuangan hidup aku :).

2019: Enot dah comeback ke dunia seni.

“In sha Allah semoga tahun ini akan menjadi tahun kebangkitan dan kejayaan kepada aku! Amin.

“Jika ada follower2 Enot yang sedang menghidap kanser / kanser survivor kat luar sana, Please always think positive. Be strong!

“Enot doakan kita sama-sama sembuh sepenuhnya. Amin. #alhamdulillah #2019imback #loveyourself #janjikita #prubsn #prubsnanugerahplus2019

“ALHAMDULILAH sumenya dah berakhir 3thn lps.. jd jgn ada lg yg bertanyakan ttg pnyakit sy yer.. pemulihan untk melupakan kesakitan tu x smudah yg disangka! yg pntg harus kuat di kuar dan dlm ok syukur!!”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.