Connect with us

Viral

“Hancur hati tengok” Mangsa Banjir Kelaparan, Reaksi Makcik Menangis Dapat Makanan Undang Sebak Ramai

Banjir yang melanda beberapa kawasan di pantai timur terutamanya Kelantan dan Terengganu kali ini sangat luar biasa menyebabkan ramai penduduk terpaksa berpindah bahkan ada juga nyawa-nyawa yang tidak dapat diselamatkan.
Iospital phone repair gombak
Bukan itu sahaja, dapat kita lihat ramai yang berhempas pulas menyelamatkan barangan berharga dan juga dokumen penting memandangkan air banjir meningkat pada paras bahaya.

Banyak harta benda yang hanyut dibawa air banjir bahkan ada yang kehilangan punca pendapatan kerana tidak dapat bekerja.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana keadaan mangsa banjir di Terengganu yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sangat menyayat hati.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @syara_dudu, mereka dilihat sangat kelaparan kerana tiada makanan yang boleh dimakan.

Lebih sebak, seorang makcik tidak henti mengucapkan terima kasih dan menangis selepas mendapat sebungkus nasi goreng oleh pihak yang memberi bantuan.

Makcik tersebut juga dilihat sempat menyuapkan nasi ke mulut Syara dan sukarelawan lain.


Tidak cukup dengan itu, kelihatan juga seorang kanak-kanak perempuan sedang nyenyak tidur bersebelahan dengannya dan beberapa orang lagi Makcik lain yang turut berada di situ.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat keadaan mangsa banjir kerana bukan sahaja harta benda hanyut ditenggelam air bahkan mereka juga tidak mempunyai sebarang makanan untuk dimakan.

Netizen juga mendoakan agar urusan mangsa banjir dipermudahkan dan diberikan kekuatan serta kesabaran bagi mengahadapi ujian ini.

Antara komen warga maya:

“Semoga dipermudahkan segala urusan mangsa2 banjir..”

“Nangis saya teringatkan kedua orang tua dan adik saya duduk pusat pemindahan kat sekolah gelang mas, pasir mas”


“Nangis saya tengok situasi macam ni..terima kasih yang datang jenguk mereka..”

“Sebaknyaa hati ni.. betapa bersyukurnya mak cik tu..”

“Sebaknya tengok keadaan kat sana, semoga Allah lindung..”


Video yang tular di laman TikTok:

@buyahhhya allah hati ni sedih sgt2 tgok keadaan skrg. kepada yg nak salur bantuan boleh pm buya❤️

♬ Allahhuakbar – TwOOne band

Continue Reading
Advertisement