Connect with us

Viral

“Inai masih merah,” Hanya 18 Hari Bergelar Isteri, Wanita Sebak Ambil Kad Nikah Dengan Ibu Mertua

Ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.

Sama juga dengankisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita sempat menjadi isteri selama 18 hari sahaja susulan pemergian suaminya ke negara abadi mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, suami kepada wanita ini meninggal dunia ekoran terlibat dengan nahas jalan raya sewaktu ingin pulang daripada kerja.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @babymosiey_, difahamkan dia dikejutkan oleh mak mertuanya untuk pergi mengambil kad nikah.

“time ni tangan shaking, sedih sangat hati ni. Amik kad nikah tanpa suami yang hanya bertemankan ibunya.. tapi aku tak turun.. mama yang ambil.. Sayu hati tengok mama yang cuba kuat terima kenyataan anak yang baru dia tengok bahagia sekarang dah tak ada”

Ibu mertuanya masuk ke dalam kereta dengan keadaan menangis teresak-esak sambil mengadu kepada menantunya apa yang terjadi ketika mengambil kad nikah

“Ebby orang tu tanya mama, mana pengantin kenapa mak yang ambil..Mama punya lah taknak diorang tanya mama tak kuat nak jawab..” ujar ibunya.

Wanita yang mesra disapa Ebby ini juga akui ini merupakan salah satu kenyataan yang teramat sukar untuk ditelan malah perlu berpura-pura kuat depan ibunya.

“Ya Allah, peritnya kenyataan. Aku harus berpura-pura kuat depan mama. Sakitnya ujianmu kali ini tuhan. Kenyataan yang tak mampu aku gambarkan bagaimana sakitnya untuk pujuk hati terima..”

Tidak terhenti di situ, dia juga pergi melawat ke ‘rumah baru’ suaminya bersama-sama ibu mertuanya selepas mengambil kad nikah tersebut.

“Hye, i datang ni.. Harini i dnegan mama pergi ambil kad nikah kita sayang.. benda ni lah yang you tunggu2 untuk ambil start dari kita kahwin kan.. Ini bukti cinta u pada i..U halalkan i sebelum u pergi..Tengok inai dekat kuku i pun masih tersisa..I isteri u sayang.. I’m your wife! tunggu i dekat syurga” kata wanita tabah ini.

“Takpe sayang, walaupun dekat dunia kita tak lama, InsyaAllah Allah akan izinkan kita bersatu dekat sana nanti..I redha.. Isteri u kuat..i cuma rindu..” tambahnya lagi

Video yang tular di laman TikTok:

@babymoshiey_Balik la , bukan ke ini yg u tnggu sejak kite kahwin haritu 😔

♬ bunyi asal – Baby~

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.3M tontonan, 119.7K tanda suka, 1197 komen dan 1689 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat keadaan wanita ini yang masih di dalam fasa belajar menerima ketentuan bahkan para netizen akui rindu yang paling dalam dan sakit adalah rindu pada orang yang telah tiada buat selama-lamanya.

Warganet juga mendoakan wanita ini dan seluruh ahli keluarganya kuat menempuh segala dugaan yang sudah tertulis.

Berikut merupakan komen warga maya:


Sama-sama kita doakan agar roh suami kepada wanita ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman lagi beramal soleh. Al-Fatihah (Dibaca)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.