Menerima ahli keluarga baru pastinya menjadi perkara yang menggembirakan dan pelengkap buat keluarga.
Tular di laman sosial apabila perkongsian Shastri Rathi mengenai perkahwinan anak dan menantunya membuatkan netizen merasa sebak.
Kebahagiaan yang dipinjamkan hanya selama 3 bulan apabila menantunya dijemput ilahi kerana demam panas.
Mari kita ikuti perkongsian beliau.
Baru dapat pangkat ‘Bapa Mertua’
Jodoh, Rezeki, Ajal….ketetapan yg ditulis Allah swt.Manusia hanya mampu merancang dan menerima seadanya ketentuan yg tersirat.
Akad nikah pada Jumaat 26/10/2018 berjalan lancar. Alhamdulillah…Anak ku bergelar ‘Suami’ dan aku dapat pangkat ‘Bapa Mertua’.
Persandingan belah Perempuan di Kem Sg Besi keesokan harinya juga berjalan lancar. Meriah majlis anjurannya berteraskan budaya Melayu.
Dgn berbaju Melayu bersisipkan sebilah Keris, anakku mengiringi Isterinya ke Pelamin. Betapa gembiranya Hati ini bila menyaksikan kebahagiaan pasangan Pengantin. Alhamdulillah, bertambah sorang lagi keluarga aku’ bisik hati kecil ini
Sekarang ada kurang 3 bulan sebelum berlangsung persandingan belah lelaki.
Majlis belah lelaki
Pada Sabtu 05/01/2019, berlangsunglah persandingan pihak lelaki di Taman Melawati. Perancangan rapi telah kami uruskan dgn harapan agar semua Tetamu2 yg dijemput akan bergembira dan menyaksikan bertemunya Jodoh anak Sulung ku Amirul dgn pasangannya Farah Najwa Bte Zakaria.
Percintaan yg berputik di zaman persekolahan SEMASHUR 10 tahun akan sempurna dgn langkah Akad & Bersanding.
Alhamdulillah….sebagai seorang Ayah…ini yg diimpikan. Kebahagiaan berkekalan dan penerusan Warisan. Gembira hati ini bila melihat sumbangan Usaha pasangan, saudara mara, kawan2 utk memastikan kesempurnaan Majlis.
Terima kasih semua yang hadir ke majlis kahwin
Khusus pada Birasku Mus sekeluarga dan Khai sekeluarga…terima kasih banyak atas segala sumbangan, pertolongan, bantuan dan juga masa bersama. Tidak lupa juga pada adik beradik pengantin perempuan dan sahabat2 mereka dari SEMASHUR yg turut menyumbang usaha & tenaga.
Pada Event Planner dari Azzuieena Villa Bungalow terima kasih atas kerjasama padu kalian hingga tiada cacat cela perjalanan majlis dari mata kami.Terima Kasih yg x terhingga dari kami pihak keluarga..semoga Allah jua yg membalas budi kalian.
Dimalam persandingan ini, berjumpa semula saudara mara yg dah lama x bersua, kenalan2 dari tempat aku membesar dahulu di Ulu Tiram, kawan sekolah SJI 85, sahabat2 dari KDU, kenalan dari tempat keja MAS.
Alhamdulillah, sebak dan terharu bila berjumpa kembali selepas hampir 40 tahun x berjumpa. Kenalan dari MAS yg ku kenali dari 1994 juga hadir meramaikan majlis. Kami gembira dan bersyukur atas kehadiran mereka.
Pengantin berdua kami syorkan duduk serumah dgn kami selepas berkahwin. Syarat kami hanyalah….seminggu dirumah kami dan seminggu dirumah Besan di Ampang. Selamat Datang Wawa.
Kami teruja dgn kehadiran ‘Anak Perempuan’ di teratak kami. Gelak tawanya, masakan yg dihidangkan nya, celotehnya, kemesraan pengantin berdua dan keakrabannya dgn isteriku amat mendamaikan sanubari ini.
Ku lihat anakku gembira sekali. Anak lelaki ku yg sorang lagi juga gembira dgn kehadiran ‘Kakak’. Isteriku dah ada ‘Geng’.
Pakat ‘membahan’ dan menyakat ‘Ayah’ sorang ni. Aku suka semua tu dan aku redha dgn kebahagiaan dari Illahi.
Menantu masuk hospital
Sehinggalah…..pada Jumaat 08/02/2019….menantuku masuk Hospital…demam panas..kami di sisinya sehingga Ahad. Keadaan tidak berubah dan kami pindahkan ke Ampang Hospital lepas Asar. Dekat Maghrib, Farah dimasukkan ke Zon Kritikal. Berderau darah bila dengar penerangan Doctor bertugas.
Seluruh keluarga dapat melihatnya…dikala Azan berkumandang…kami dapat berjumpa dgn Wawa. Dia masih dapat berkata2 dan luluh hatiku melihatnya berusaha utk bernafas…
Salam terakhir dari isteriku dijabat erat seolah tidak mahu dilepaskan…Mata ku mula ‘berkaca’. Yg dapat ku ucapkan hanyalah…’Wawa berehatlah ye, In syaa Allah….kami sentiasa di sisi Wawa’
Terpaksa guna Life Support
Teringat kata Doc tadi…”jika sampai esok pagi x perlu Induce Coma n put on Life Support, in syaa Allah, Wawa akan beransur pulih” Malangnya, kira2 pukul 0330h…Wawa terpaksa dibantu pernafasan.
Isnin…Wawa di ICU. Sedihnya bila kenalan, saudara mara berpusu melawat. Rutin kami hanyalah rumah di Puchong dan kembali ke Ampang Hospital. Keadaan Wawa masih x berubah. Pressure masih low dan erratic. Kejap naik…kejap turun.
Selasa….Wawa masih x berubah. Ku lihat Anakku Amirul disebelah Wawa….mengaji di telinga Wawa dan diurutnya tangan Wawa. Ku saksikan kasih seorang Suami kepada Isterinya…Aku sebak melihat kesedihan anakku. Besan ku juga sudah dibilik ICU…mengaji bersama dan mengurut kaki Wawa…terdetik dihati ku sewaktu hendak memakai Hair Net, Gown, Gloves & Face Mask bila Doc kata dgn sayu…”x pe, masuk aja lah”
Panggilan telefon dari kawan anakku…Pora…pada 2215h dan dari anakku pada 2230h bagaikan dentuman halilintar. Wawa sudah dijemput Illahi…Inna Lillahi Wainna Illahi Rojiuun. Wawa tiada lagi???……Ya…Wawa tiada lagi. Arwah dikebumikan di Tapak Perkuburan Cheras Baru selepas Zohor pada hari Rabu 13/02/2019….di usia hampir 25 tahun. Selepas hampir 3 bulan bergelar Isteri dan Menantu…kini bergelar Arwah
Redha dengan ketentuan Allah
Ya Allah…Daku redha dgn ketentuan Mu Cucuri lah Rahmat Mu keatas Rohnya, Ampuni lah dosa2 nya, Lapangkanlah Kuburnya, Kasihanilah dia dan tempatkanlah rohnya dikalangan mereka yg Solihin…Aamiin.
Aku masih bersedih….sedih kerana Arwah pergi…
…sehari sebelum hari mengambil Sijil Perkahwinan.
…5 hari sebelum hari kelahirannya yg ke 25.
… 2 minggu sebelum siapnya Video Perkahwinan.
…3 bulan sebelum kami dapat berpuasa bersama.
Doakan ketabahan suami
Kepada anakku Amirul Asyraf…Ayah bersimpati atas kehilangan Mu. Ayah doakan agar Arwah aman bersemadi disana.
Ayah doakan agar Allah swt anugerahkan ketabahan kepadamu. Ayah berasa bangga dan terharu bila melihat ketabahan mu memandikan Arwah, solatkan Arwah, mengusung Arwah, menurunkan Arwah ke Liang Lahat dan sama2 bertahlil keatas Rohnya. Syukur Alhamdulillah. Semoga ketabahan mu diberkatiNya…Aamiin.
Kepada saudara mara, sahabat handai yg sesama menziarahi dan solat jenazah…semoga Illahi memberkati penghidupan dan pengorbanan kalian…semoga kalian dibawah Lindungan Nya sentiasa…Aamiin.
Semoga tenang di sana
Selamat Bersemadi Arwah Farah Najwa…Semoga tenang disana. Ayah, Ibu, Adam & Amirul amat merindui mu.
Terima Kasih Ya Allah kerana telah meminjamkan Arwah kepada kami dan menganugerahkan kebahagiaan kepada kami sekeluarga biarpun utk sekejap waktu.
Al Fatihah
Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!