Setiap wanita pastinya mengimpikan berat badan yang ideal, tetapi untuk menurunkan berat badan bukanlah satu proses yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhan dan tekad daripada individu itu sendiri.
Ramai yang tewas di tengah jalan dan impian untuk kurus itu hanya tinggal impian.
Memiliki berat badan ideal tak semata-mata agar penampilan terlihat cantik. Lebih dari itu, berat badan ideal biasanya jadi salah satu indikator tubuh yang sehat.
Melalui satu posting di Facebook, Noraini Ismail yang merupakan seorang guru pernah mempunyai berat badan 72Kg!
Berkat usaha tanpa jemu, dalam masa 6 bulan sahaja Noraini berjaya menurunkan berat badan sehingga 58Kg.
Mari kita ikuti perkongsian tips turunkan berat badan daripada adik beliau.
“Korang tips kurus saya dah berjaya disiapkan oleh adik saya.. boleh follow page dia @Binti Ismail..ada kat bawah tue..
“komen yang pertama..tak nak share or copy..tapi saya menghargai kesusahan dia membuat penulisan tentang saya 3 hari 2 ..serius sekarang saya sibuk giler..dan sapa penah tanya sila baca eh…
“banyak jugak tips kanak2 kat page situ..sesuai utk guru ,guru pk n guru pemulihan.. apapun bagus jugak adik saya buat post nie..baru saya sedar saya mula membesar sedikit dr sedikit dr tahun 2012..
“masa tue serius tak sedar langsung….bajet comel je..somi tak penah tegur pun..n bila tahun 2016..baru saya sedar..tue pun saya start sakit kaki..n dgr org cakap nani kuat makan..hahaha..jemput baca eh korang..jangan kecam eh..saya hargai somi saya yang sanggup terima saya seadanya…masa 2016 saya tak ngandung tau..anak 5 tahun waktu tue…
“betul lah pepatah mengatakan..jangan hina,perli ,membawang dll pompuan yang gemuk aka sihat…satu masa nnti dia….(sambunglah sendiri)…
sebab saya punya prinsip 1 je..kalo jumpa org yang gemuk, badan dah naik saya tak akan cakap dia gemuk.saya faham perasaan diaorang..cuma emak saya jelah..hahahah..(jangan marah mak)…”
1. Bayangkan macam siapa kita nak kurus dan cantik.
“Saya yakin mesti kakak saya jadikan saya idola dia.”
2. Letakkan target nak turun berapa kg dalam masa berapa bulan.
Contohnya bulan ni mesti turun 500g, bulan depan mesti total weight lost dah 1kg dan sekian-sekian.
Sila rekodkan perubahan berat badan untuk rujukan diri sendiri.
3. Tak makan selepas pukul 7 malam.
4. Jangan skip sarapan pagi.
5. Elak minuman berkarbonat dan minuman manis.
- Coca Cola,
- Pepsi,
- Milo,
- Ribena dan lain-lain.
6. Senaman.
Antaranya Bipasha Basu (mulanya ingatkan nama aktres Bollywood). Main badminton dan lari-lari anak tangga kat rumah. Sebab rumah dia 2 tingkat.
Senaman lain yang berkaitan seperti mengemas rumah.
7. Makan nasi dalam kuantiti yang sedikit.
Lebihkan sayur.
Kalau lapar, minum air masak (air putih) dulu. Lepas tu baru makan nasi.
8. Amalkan minum Green Tea, Apple Cider dan Chia Seed.
Kakak saya minum teh Ahmad. Minum teh hijau dan apple cider 2 kali sehari, pagi dan malam.
- 1 cawan green tea.
- 1 cawan air sejuk campur dengan 1 sudu kecil apple cider.
9. Tak makan makanan berasaskan tepung dan mee.
Mee goreng ke, karipap ke, pizza kawan nak belanja ke, cekodok free tuan kedai bagi ke atau apa-apa je yang berkaitan.
10. Minum air masak 3 1/2 liter sehari.
11. Tak makan supplement.
12. Sokongan.
- Terutamanya dari orang yang dalam satu rumah.
- Sila elakkan diri dari join sembang dengan orang yang tengah makan kerana dikhuatiri akan terliur dan tergoda. Hihi.
13. Ganjaran.
- Kakak saya kata ada ganjaran hebat dari suami dia kalau dia dapat turunkan berat badan. Jadi ganjaran buat dia lebih bersemangat.
NOTA TAMBAHAN
- Kakak saya kadang-kadang ada juga masa cheat day dia, sebab tu tempoh nak kuruskan badan dia agak lama (Oktober 2016 – Jun 2017).
- Dia kata uncang teh hijau lepas dah rendam, jangan buang. Masukkan dalam peti ais. Sebelum tidur letak kat mata. Boleh hilangkan hitam bawah mata.