Connect with us

Kesihatan

Hanya Amal Green Tea, Wanita Ini Turun Berat Badan Dari 70kg ke 55kg dan Kulit Menjadi Flawless!

Ramai yang berkeinginan mahu kurus samada lelaki mahupun wanita namun tidak semua yang berjaya menurunkan berat badan ke tahap ideal.

Terdapat ramai di luar sana yang mengidamkan badan yang sehat dan kurus, namun untuk mencapai berat badan yang diingini ia memerlukan dedikasi dan ketahanan mental yang kuat serta motivasi dan dorongan dari sekeliling.

Tanpa sokongan orang sekeliling dan persekitaran yang membantu, ramai daripada mereka tewas sama ada berhenti separuh jalan, tidak turun berat badan walaupun diet dilakukan setiap hari atau memilih jalan yang singkat dengan pengambilan produk kurus.

Terdapat ramai yang berkongi tips dan petua untuk mengurangkan berat badan. Selain megurangkan kuantiti makanan yang meransang kenaikan badan, mengawal pengambilan gula dan makanan manis juga perlu dititikberatkan serta pengambilan kolestrol dalam makanan yang diambil setiap hari.

Selain itu, pengetahuan tentang nutrisi makanan amat penting dalam memastikan penurunan berat badan tidak menjejaskan kesihatan.

Disamping itu, senaman juga merupakan eleman utama selain makanan yang perlu dititikberatkan dalam perjalanan penurunan berat badan seseorang.

Wanita ini  Nur Afiqah Syaqira telah berkongsi pandangan dan perjalanan proses penurunan berat badan beliau dari 70kg ke 55kg. Semoga perkongsian beliau memberi inspirasi dan manfaat kepada semua.

Perkongsian tip dari wanita ini yang berjaya menurunkan berat badan dari 70kg ke 55kg

Memandang kan ramai tanya pasal tips. Ok, I kasi tips ringkas je tau. Benda ni senang sebab tak payah berlapar, I tak mampu buat Atkins sebab for me Atkins agak melampau sebab tak boleh makan nasi dan I tak boleh tak ambil nasi walau sikit dah cukup.

So, kat sini I akan share beberapa tips yang korang boleh ikut dengan syarat kena KUAT SEMANGAT, DISIPLIN, KONSISTEN dan bukan diet sekadar HANGAT2 TAHIK AYAM okeh.

CUT SUGAR

Gula berlebihan akan menyumbang kepada pembentukan lemak. I memang jenis jarang minum manis so takde masalah untuk stop ambil gula. Kalau korang yg suka minum manis ni jangan terus stop, tapi kurang kan dulu. Kalau rasa nak minum manis tu korang kunyah je gegula Mentos atau chewing gum (sugar free).

KURANG KAN PORTION NASI

Dulu I makan 2/3 pinggan ok hahahahaha! Pastu I cuba kurang kan sepinggan dan sekarang setengah pinggan je. Takpun kalau nak makan beras perang pun ok sebab karbo dia tak setinggi beras putih biasa.

Pastu lauk lebih kan sayur, dada ayam, ikan. Kalau lapar petang tu korang makan lah buah ke kekacang ke huhuh. Malam I tak makan, kalau lapar I minum green tea pastu tidur je jangan layan kan perut sangat hahahah.

Kalau korang lapar malam, makan lah buah ke telur rebus ke salad ke. Tapi pastikan makan 1 jam sebelum tidur. Hari2 makan kena ON TIME ok.

GREEN TEA (NO SUGAR)

Korang boleh try Green Tea brand Ahmad Tea (London) atau Green Tea Boh. Green Tea Ahmad tu kat 99 SpeedMart senang jumpa. Minum 3 kali sehari semasa makan atau selepas makan.

I minum semasa makan sebab green tea ni dia boleh menghalang penyerapan lemak (sumber google). Korang boleh search kat google sendiri kebaikan Green Tea untuk kurus.

Green Tea ni dia meningkatkan kadar Metabolisme badan. Masa lunch I minum sekali, petang sekali pastu malam sebelum tidur. Korang nak makan apa pun makan lah, tapi kuantiti kena sikit. I kadang tu ada jugak cheat day makan cake ke apa ke yang I teringin.

Tapi pastu I minum green tea sebab green tea ni masa kita tidur ke duduk tak buat apa pun dia bekerja bakar lelemak kita. Yang penting jangan letak GULA ok! Ni bukan teh kedai mamak hahahaha.

NO SUPPLEMENT

I tak pernah makan apa2 supplement kurus! Jangan tanya pasal supplement ok! Tolong jangan percaya mana2 ubat kurus lentik mantap ke apa ke hahahahahahaha. Sila sayangi buah pinggang anda.

Kurus lah secara semulajadi lagi puas. Takde jalan pintas dalam dunia ni, semua nak kena usaha. Antara NAK dengan TAK NAK je. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kuat kan semangat, DISIPLIN dan KONSISTEN serta MOTIVASI DIRI kena ada ok.

Letak lah wallpaper model ramping lelawa ke jadi kan pembakar semangat korang. Nak letak gambar I pun okay je. Ehh! Bahahahahahahahaha #gurauje

EXERCISE

I jarang exercise sebab takde masa hahahah tapi time kerja I suka lari2 kejar customer lah kejar anak customer lah 😂 pastu kena panjat sana panjat sini angkat kotak so kira ada jugak lah pergerakan tu wakakakaka!

Kalau korang ada masa tu buat lah work out ringat2 pun takpe asalkan berpeluh. Nak pergi Gym lagi baguih! I lambat turun berat sebab tak exercise, kalau tak tu I maybe dalam 2/3 bulan dah boleh turun 10-15kg.

AIR MINERAL 2/3 LITER SEHARI

Wajib ok! Taktau nak explain kebaikan air putih ni hahaha. Btw, air putih bukan elok untuk kesihatan je, nak kulit lawa bersih pun takde hal.

I tak pakai apa2 skincare pun dah setahun lebih for those yg tanya tu.

Cuma rajin2 kan diri minum air putih ya. Start dari sekarang belajar bawak air putih pergi mana2 atau beli lah kalau lupa nak bawak.

Akhir kata, menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan hahahaha Good luck semua!


Selamat mencuba diet yang seimbang dan tidak memudaratkan ini. Semoga berjaya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.