Dalam menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan ke tahap yang ideal bukanlah satu kerja yang mudah.
Kita perlu sentiasa konsisten dan memerlukan disiplin yang tinggi dalam pengambilan makanan sehari-harian disamping turut lakukan senaman agar kekal cergas.
Walau bagaimanapun, pasangan ini membuktikan ianya mampu dilakukan biarpun banyak dugaan dan cabaran.
Menerusi perkongsian di laman Facebook milik Noorul Izzah Marzuki, dia dan suaminya Yoy Khairuddin Ahmad berkongsi cerita berjaya menurunkan berat badan mereka daripada 5XL kepada saiz M dan S.
Intermittent Fasting
Secara ringkasnya, Alhamdulillah dengan izin Allah setelah amalkan IF (Intermittent Fasting) sejak hujung tahun 2018, then start record dan track IF menerusi apps Zero bermula Januari 2019, nampak perubahan juga akhirnya.
Sebelum ni dah cuba pelbagai jenis diet yang ada, nampaknya IF, digabung dengan OMAD (One Meal A Day) juga yang berkesan pada kami.
Di samping itu kami cuba ikut Keto diet walaupun tak mampu nak 100% sepenuhnya.
Obes sejak muda
Kami berdua memang dalam kategori obes sejak muda lagi, sejak zaman sekolah, sehinggalah berkahwin dan sehinggalah kami tekad untuk berubah setelah penat cuba pelbagai cara, kami nak berubah jadi sihat since penyakit berisiko tinggi e.g darah tinggi dan diabetis dah mula menjengah.
Jadi kena sihatkan badan dulu, berat pun menyusul turun selepas itu.
Hampir setiap hari buat IF, paling lama ialah 72jam (yang ni saya buat sekali dalam 1 atau 2 bulan).
Minimum kami buat 18:6 dan selalunya melebihi 20jam. Bila buat OMAD, technically kami buat IF 23:1. Then we only break our fast right AFTER jogging/exercising; quickest way for burning fat. Alhamdulillah.
Total weight loss saya: 55kg (4xl to M/S)
Total weight loss suami: 70kg (5xl to M)
Saya: dari 130kg kepada 75kg
Suami: dari 160kg kepada 90kg (rasanya dulu pernah capai 200kg tapi tak tertimbang masa tu)
Total weight loss dikira daripada berat yang paling tinggi yang pernah kami capai sewaktu timbang.
Medical checkup setiap bulan
Sejak amalkan IF ini, kami juga sentiasa pastikan keadaan kami sihat dengan buat medical checkup hampir setiap bulan. Blood sugar tracking dan periksa tekanan darah setiap hari serta buat HbA1c test setiap 3 bulan.
Alhamdulillah semua result semakin baik dan harap berterusan baik, inshaAllah.
Secara ringkas tipsnya:
- Intermittent Fasting. IF is the easiest and best health hack. Because you cannot cheat when you are fasting.
- Bila dah selesa buat IF 23:1, kami buat OMAD, since tak mampu nak makan banyak pun dalam tempoh 1 jam eating window tu.
- Kami amalkan self-control 😇 bila makan: less carbs, no sugar (almost Keto).
- Exercise / jogging, dapatkan sekurang-kurangnya 10,000 langkah, setiap hari. Yes every single day. If you dont have time, the world is already your gym. You don’t need membership, you already have the tools and discipline is the key.
- Cukupkan tidur, sekurang-kurangnya 6-7 jam.
- Doa dan sabar.
- Stay positive, never give up dan jangan stress.
If we both can, you all can too!
Sumber inspirasi utama saya : suami saya Yoy Khairuddin Ahmad pendorong utama saya, coach, penasihat, pembakar semangat, dia paling rajin study semua fakta dan research, selalu heret saya bila ada hari saya malas nak jogging selalu bagi ceramah yang membuatkan saya tersedar dari lamunan.
Saya masih ada target nak kurangkan lagi beberapa kilogram supaya hampir kepada BMI normal.. dan kami kini lebih kepada fasa maintenance.