Connect with us

Semasa

“‘Hanya gurauan” Aksi Terlampau Pengantin Dengan Kakak Sendiri, Jurugambar Mohon Maaf

Satu foto yang memaparkan aksi freestyle terlampau pasangan pengantin bersama seorang perempuan dipercayai kakaknya di atas pelamin mengundang kritikan ramai.

Foto tersebut yang menjadi viral di laman sosial itu menunjukkan wanita tersebut dipegang di bahagian dada oleh pengantin lelaki dan perempuan.

Menerusi laporan Harian Metro, jurugambar tersebut telah memohon agar gambar tersebut dipadam dengan segera.

Jurugambar perkahwinan yang dikenali sebagai Syafiq Avy menjelaskan dia hanya bergurau sempena ulang tahun kelahiran rakan baik.

“Saya mohon orang ramai padam dan berhenti menularkan gambar ‘kurang senonoh’ rakan saya daripada media sosial masing-masing, ini adalah kesalahan saya semata-mata mahu bergurau sempena ulang tahun kelahiran rakan baik.”

Menyedari gambar tersebut menjadi viral dia segera memadamnya dan memohon maaf kepada rakan di atas perbuatannya itu.

“Walaupun rakan saya sudah memaafkan saya namun terbit rasa bersalah berikutan muka mereka kini menjadi tular disebabkan gurauan keterlaluan saya.

“Saya mengambil ini sebagai pengajaran dan berharap orang ramai tidak mencontohi tindakan saya, bergurau juga ada batasnya lebih-lebih lagi membabitkan maruah seseorang.”

Dia juga memberitahu tindakan tanpa berfikirnya itu telah menyebabkan pengantin tersebut iaitu rakan baiknya bersama kakak dan isterinya dikecam orang ramai.

“Wanita yang berada di tengah itu adalah kakak kandung kepada pengantin lelaki dan gambar itu adalah untuk simpanan peribadi kami saja.

“Bagaimanapun, saya akui ini semua salah saya kononnya untuk bergurau dengan rakan sempena ulang tahun kelahirannya dan memuat naik gambar berkenaan di Facebook saya.

“Tidak sangka, hantaran saya menjadi tular dan rakan, kakak serta isterinya dikecam teruk netizen.”

Sayfiq mengakui kesal di atas perbuatan tersebut dan mengambil pengajaran sepenuhnya.

“Ketika saya meminta mereka bergambar gaya bebas, secara spontan mereka bertiga melakukan aksi berkenaan.

“Tidak tahu apa yang ‘merasuk’ fikiran, saya boleh memuat naik gambar berkenaan di Facebook saya sehingga tular, pengalaman ini memberi saya pengajaran berharga.”

Kata jurugambar ini lagi, gambar tersebut diambil pada April tahun lepas. Menurutnya foto itu adalah aksi spontan adik beradik tersebut.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.