Connect with us

Viral

Hanya Habis RM 45O Ke Hatyai, Percutian 3H2M Gadis & Rakan-Rakannya Ini Buat Ramai Nak ‘Travel’

Tidak dinafikan, Thailand merupakan destinasi bercuti yang berbaloi bagi rakyat Malaysia berbanding negara-negara lain yang mempunyai nilai mata wang yang lebih besar.

Jadi tidak hairanlah jika ramai yang berpusu untuk melancong ke negara jiran ini bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan.

Banyak tempat yang menarik disana dan antara yang paling ‘famous’ adalah Hat Yai kerana mempunyai pelbagai pilihan pengangkutan.

Kalau mahu Hatyai, kita boleh memilih untuk menaiki bas, kereta api, kapal terbang atau jika nak lebih adventure, cubalah memandu sendiri ke sana.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang wanita tampil mendedahkan dia hanya berhabis sebanyak RM 450 sahaja sepanjang percutiannya selama 3 Hari 2 Malam di Hat Yai, Thailand.

Difahamkan, harga yang dinyatakan itu termasuklah pengangkutan, penginapan, makanan, aktiviti dan membeli-belah ole-ole di Hatyai dan mereka check in di Manonta Budget Hotel.


Pengangkutan

Dia dan rakan-rakannya menaiki ETS yang mempunyai kafe, tandas dan surau di dalamnya. Pastikan anda tengok kiblat sebelum solat dan paling best sekali, setiap kerusi penumpang dilengkapi dengan charging port.

Ketika di Thailand, mereka menggunakan servis tuktuk, Grab dan sewa motor.

Ini adalah antara perbelanjaannya, tidak termasuk makan, hotel dan ole-ole:

1) RM160 – Tiket ETS pergi dan balik (Malaysia – Thailand – Malaysia)
2) RM70 – Bayar Tuktuk atau Grab untuk ke lokasi sewa motor di Hatyai Bus Terminal selama 2 hari
3) RM20 – Deposit sewa motor (jika isi minyak penuh ketika pulangkan motor, RM20 akan diberi semula)

Makan

1) Dimsum Chabura (dibuka 8 pagi hingga 2 malam)
2) Floating Market
3) Lee Garden Street Foods
4) The Bay Cafe
5) KH BBQ Steamboat



Aktiviti
1) Chan Puak Camp
2) Masjid Songkla
3) Samila Beach
4) Wat Hat Yai Nai

Perbelanjaan lain:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut dengan perkongsian wanita ini. Manakan tidak, kos yang murah membuatkan ramai yang hendak ‘travel’ ke negara jiran ini.

Antara komen warga maya:

Perkongsian yang tular:

Sekadar info, Thailand dijangka menerima tujuh hingga 10 juta pelancong asing tahun ini selepas melonggarkan sekatan akibat pandemik COVID-19 manakala seramai 647,648 rakyat Malaysia direkodkan datang ke Thailand untuk lapan bulan pertama tahun ini.

Continue Reading
Advertisement