Semua orang mengimpikan berat badan yang ideal. Ramai diluar sana telah mencuba pelbagai diet dan senaman untuk menguruskan badan.
Menerusi Facebook, lelaki ini berkongsi bagaimana caranya dia berjaya menurunkan berat badan dengan amalkan joging setiap hari.
Berbekalkan sepasang kasut berharga RM69 ringgit
Perkongsian ini daripada seorang juruniaga, Muhammad Faiz berkongsi cara turunkan berat badan tanpa menggunakan sebarang suplemen kurus yang tidak sihat.
“Hanya berbekalkan sepasang kasut Kalenji 69 ringgit, seutas Miband, keinginan untuk berubah, disiplin yang tinggi dan sokongan daripada rakan-rakan”.
Ujarnya lagi, dia hanya mengamalkan pemakanan yang sihat seperti tidak mengambil nasi dan gula. Dia akan menggunakan makanan lain untuk menggantikan nasi.
“Alhamdulillah, harini genap 30 hari lari. Hari pertama start 1 km lari 1 km jalan pastu 1 km lari 1 km jalan”.
“Yang mana bajet tak besar macam saya p ja decathlon. Kasut kalenji RM69 sahaja guysss. Alhamdulillah 30 hari menapak 161 KM tak dak melecet kaki. Stokin pun rm5 saja kalenji”.
Hari ke-30 baru dapat jejak 10 km yang pertama. Alhamdulillah
“Bak kata salah seorang idola saya Amirul Afiq Nasruddin ” RUNNING IS SIMPLE, JUST LARI,”.
“Tak perlu beli mahai-mahai kalau tak mampu macam saya ni. Just ubah mindset dah cukup. Keep running guys”.
“Selain itu, saya tambah sikit Info tapi geng makan nasi jangan marah noh. Yang makan nasi tu teruskan makan jangan kecam saya”.
Jarak lari saya tambah ikut kemampuan diri
“Saya nak cepat turun sebab tu cut nasi. Amik carbo lain. Diet saya jaga makan + exercise. So far hari2 lari. Jarak lari tuh saya tambah skit ikut kemampuan diri”.
“No nasi No ayaq maneh. Ayaq coway ja telan. Pagi-pagi 1 liter ayaq teh hijau 2 uncang + buah (selalunya pisang)”.
“Tengahari balun (makan) lauk dan sayoq (sayur). Malam selalunya salad dengan ayam bakaq”.
Cabaran misi 100 hari
“5 hari pertama memang cabaran. Pastu, Alhamdulillah ok badan dah bleh terima. Gambar day 0 tuh gambar sehari sebelum abang start #misi100hari ni”.
“Badan abang naikk sangat sebab masa PKP haritu asyik keja masak dan makan ja”.
“Berlari tak akan menguruskan badan tapi akan mengubah gaya hidup ke arah lebih sihat dan terkawal”.
Kita berlari, kita bakar kalori dan kawal makan
“Kita berlari, kita bakar kalori. Makan kawal sikit, insyallah boleh turunkan berat badan dan kekal aktif”.
Menurut Faiz lagi, target untuk dapatkan berat badan ideal akan tercapai tidak lama lagi iaitu 60kg.
“Berat sebelum melakukan misi ini adalah 73 kg dan berjaya turun berat badan sebanyak 8 kg dalam masa sebulan”.
Semoga perkongsian dan tip dari Muhammad Faiz boleh dijadikan rujukan bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan. Selamat mencuba!!