Masyarakat sering beranggapan bahawa tugas seorang ayah adalah untuk mencari nafkah untuk keluarga dan tugas seorang ibu adalah mendidik dan menjaga anak.
Tetapi perkara itu adalah tidak benar sama sekali. Hal ini kerana seorang anak menginginkan kasih sayang dan perhatian daripada seorang ayah.
Memetik laporan dari Sinar Harian , Dugaan buat seorang ibu beranak tiga di Flat Taman Semarak di sini apabila dia diceraikan suami ketika masih dalam pantang.
Keadaan yang menyebabkan wanita berusia 26 tahun tersebut berdepan tekanan, malah buntu memikirkan bagaimana mahu membesarkan tiga anaknya berumur empat dan dua tahun serta bayi berusia 17 hari.
Wanita kelahiran Sabah itu diceraikan suami pada Khamis lalu selepas 13 hari melahirkan anak lelakinya.
Dia juga turut mengaku bahawa dia sangat tertekan dengan insiden yanag menimpa dirinya dan anak-anak sehingga dia hampir sahaja membunuhdiri terjun dari flat rumahnya, mujur sahaja sempat di halangan oleh jiran tetangga.
Menurutnya, dia tidak pernah menyangka akan diceraikan hanya kerana dia menegur suaminya yang membiarkan buku temu janji klinik anaknya koyak.
“Saya tak tahu kenapa hanya disebabkan masalah kecil itu dia terus menceraikan saya dengan talak satu.”
“Yang saya paling sedih kerana anak kami baru saja dilahirkan dan belum sempat merasa kasih sayang seorang bapa” katanya ketika ditemui di rumah sewanya pada Isnin.
Tambahnya pula, sebulan yang lalu dia dan keluarga telah didapati positif Covid-19 yang menyebabkan dia terpaksa melahirkan anak secara pembedahan.
“Bekas suami yang merupakan seorang mualaf dan anak-anak juga disahkan positif Covid-19 dan kami diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari di rumah yang menjadi antara punca pergaduhan sebelum bercerai”
Dia mengaku bahawa punca pergaduhan juga terjadi semenjak suaminya tidak lagi bekerja dan mereka sekeluarga tidak mampu untuk menyara kehidupan dengan anak yang ramai dan masih kecil.
Namun, katanya seorang ibu harus kuat meneruskan hidup demi anak-anak tercinta. Wanita itu juga mengalukan sekiranya ada pihak yang ingin membantu dirinya sekeluarga.