Connect with us

Viral

Hanya Kerana Gagal Jawab Soalan Matematik, Murid Perempuan Maut Didenda Guru

Masa kita sekolah dulu mesti ada beberapa subjek yang kita tak suka nak belajar. Alasannya bergantung kepada seseorang individu.

Sesetengah murid takut dengan guru subjek sebab suka denda orang, sesetengah lagi mungkin kerana subjek yang diajar tersebut sukar untuk difahami.

Bercakap soal denda, baru-baru ini di Sichuan, China tular dengan tindakan seorang guru Matematik yang mendenda anak muridnya sehingga maut hanya kerana gagal menyelesaikan dua soalan Matematik!

Sebelum kejadian tragis itu berlaku, mangsa yang dikenali sebagai Ning Ning, 10 tahun sempat membeli bunga untuk diberikan kepada guru Matematiknya itu pada Hari Guru yang disambut setiap 10 September di China.

Namun, hanya kerana tidak dapat menjawab dua soalan, guru Matematiknya berang lalu bertindak untuk mendenda Ning Ning dengan menyuruh murid perempuan tersebut berdiri di atas podium, menarik telinganya, memukul kepalanya serta menampar tangannya!

Jelas Qian Qian, saudara kembar Ning Ning yang juga belajar di kelas yang sama, adik kembarnya itu sudah tidak mampu mengangkat kepala dan badannya lagi setelah didenda dengan teruk.

Rakan sekelas yang melihat kejadian tersebut bergegas membantu Ning Ning berehat di kerusinya.

Menurut Sumber Oriental Daily, guru Matematik Ning Ning telah membuat sebuah panggilan telefon untuk menghubungi nenek kepada dua beradik itu, Yang Juqing pada pukul 11 pagi.

Panggilan telefon tersebut dibuat bertujuan untuk menyuruh Yang Juqing membawa Ning Ning pulang ke rumah untuk berehat. Namun sebaik sahaja Yang Juqing tiba di sekolah, dia menemui cucunya sudah terdiam dan tak mampu membuka matanya lagi.

Ning Ning selepas itu dikejarkan ke hospital untuk diselamatkan namun usaha neneknya menemui jalan gagal kerana sebaik sahaja mereka tiba di hospital, Ning Ning tidak berjaya diselamatkan.

Walaupun sudah menjalani beberapa prosedur yang ditetapkan oleh pihak hospital, namun nyawanya masih tidak dapat diselamatkan oleh kerana hukuman fizikal yang teruk dikenakan pada dirinya.

Menurut neneknya lagi, Ning Ning pernah mengadu yang dirinya takut untuk masuk ke kelas Matematik kerana guru Matematiknya itu suka mendenda murid-muridnya.

Selepas kejadian ini terjadi, dilaporkan bahawa pihak media telah menghubungi guru besar sekolah tersebut iaitu Yan Liang untuk megulas isu tersebut dengan lebih lanjut namun dia gagal dihubungi setelah mengetahui dirinya bakal ditemu ramah oleh wartawan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.