Guru diibaratkan seperti sebatang lilin yang akan membakar dirinya demi membantu anak muridnya untuk berjaya.
Namun begitu, satu kisah yang menyayat hati berlaku di Sichuan, China, apabila seorang guru subjek matematik bertindak mendenda pelajarnya secara melampau kerana salah menjawab 2 soalan.
Sempat beli bunga untuk dihadiahkan kepada gurunya
Sebelum kejadian tersebut berlaku, pelajar tersebut Ning Ning yang berusia 10 tahun, sempat membeli bunga untuk dihadiahkan kepada gurunya iaitu Wang bagi meraikan sambutan Hari Guru yang disambut pada setiap 10 September di China.
Memetik laporan Oriental Daily, ketika berada dalam kelas matematik Ning Ning telah membuat 2 kesilapan ketika menyelesaikan soalan matematik.
Guru tersebut Wang, bertindak menyuruh Ning Ning berdiri di atas podium, menarik telinganya, memuukul kepalanya dan menaampar tangannya.
Tidak mampu angkat kepala
Menurut saudara kembarnya Qian Qian, yang turut berada di dalam kelas yang sama, adiknya tidak mampu mengangkat kepala selepas didenda oleh gurunya.
Pada jam 11 pagi, guru tersebut bertindak untuk menelefon nenek Ning Ning, dan meminta supaya Ning Ning dibawa pulang untuk berehat.
Ning-ning turut tidak mampu bercakap
Jelas neneknya, Yang Yuqing, semasa dia berjumpa dengan cucunya, Ning Ning sudah tidak mampu bercakap dan membuka kedua matanya.
Setelah tiba di hospital nyawa Ning Ning tidak berjaya diselamatkan walaupun sudah menjalankan beberapa prosedur bagi menyelamatkan nyawanya.
Menurut Yang Yuqing, Ning Ning pernah mengadu takut untuk memasuki kelas matematik tersebut kerana sikap gurunya yang suka memmukul dan mendenda orang.
Semoga kisah ini menjadi teladan dan pengajaran kepada kita semua dan diharap keluarga mangsa tabah dengan kehilangan tersebut.