Connect with us

Viral

“Hanya mampu pecah tabung simpanan..” Wanita Ini Kongsi Video Hasil Tabungan Bersama Suami Buat Netizen Kagum

Sejak dari kecil lagi kita dah diajar untuk menabung, tapi bukan senang untuk mengamalkannya.

Sifat berjimat cermat dan tidak boros secara langsung dapat dipupuk dengan amalan menabung.

Dengan adanya tanggungjawab menabung dalam diri individu setiap duit wang yang dibelanjakan pastinya dicongak secara berhemah.

Sama juga dengan kisah yang tular baur-baru ini dimana sepasang suami isteri mengeluarkan hasil simpanannya di dalam tabung mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @chientamulaien, kelihatan suaminya gigih membuka tabung tersebut.

“disaat orang lain bergembira dapat duit KWSP/BKM, kami hanya mampu pecahkan tabung simpanan kami.. syukur alhamdulillah.. jom beli baju raya” ujar ibu kepada 5 orang cahaya mata ini..

Difahamkan, mereka suami isteri menggunkan duit lebihan berniaga untuk masuk ke dalam tabung tersebut.

“Kadang rasa tak cukup bila menabung tp hikmah dia saat memerlukan ada tempat nk dituju,tak perlu nk meminjam. Kadang org pun susah nk bg pnjam” tulisnya.

Dia juga mengajak pengikutnya untuk sama-sama menabung kerana sekurang-kurangnya kelak mereka akan mempunyai wang simpanan disaat memerlukan.

Menerusi satu video lain, dia turut berkongsi ‘ayat’ dan kata-kata semangat yang berada pada tersebut malah ianya juga membuatkan ramai tersentuh.

“dear suami, kalau ada duit RM5/RM20 tolong masuk dalam tabung ni ya.. Sedekah yang terbesar pahalanya adalah sedekah kepada seorang isteri”

“Nafkah itu wajib kalau tak bagi berdosa, sedekah itu sunat kalau tak bagi tak berdosa tapi kalau bagi dapat ganjaran pahala nya..tak salah kalau niat kita untuk bersedekah pada isteri,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@chientamulaien pecah tabung .#fypシ #trendingvideo #berandatiktok ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

@chientamulaien Reply to @nurlaili_85 ♬ Heartbeat (From “Kal Ho Naa Ho”) (Instrumental) – Shankar Ehsaan Loy

@chientamulaien Reply to @noraffandy ♬ Penenang Hati – Instrumental – Asraf Studio

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap mereka berdua yang menabung bersama-sama malah ianya secara tidak langsung menarik minat ramai untuk turut menabung agar boleh digunakan di saat memerlukan.

Berikut merupakan komen warga maya:

“pecah tabung beli baju raya anak2..”

“tiap bulan bila menabung saya lebih jimat berbelanja..”


“kami pun tak dapat kwsp n bkm sis.. menabung dari lepas raya tahun lepas, adalah langkah terbaik untuk sambut raya tahun ni..”

“samalah.. kami anak beranak semalam pecah tabung ikan..”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.