Connect with us

Selebriti

“Hanya pencinta haiwan je tahu perasaan ni..” Zara Zya Hilang Kucing Kesayangan Raih Simpati Netizen

Kecomelan seekor kucing sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Oleh sebab itu, ramai orang suka membela kucing dan menjadikan mereka sebagai peneman di rumah.

Bahkan dari sekecil tapak tangan sehingga membesar itu merupakan momen yang paling mengembirakan untuk seseorang pencinta kucing dalam membesarkan si bulus yang comel itu.

Pun begitu, sama juga ceritanya dengan seorang pelakon terkenal Zara Zya atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin meluahkan rasa sebak apabila kucing pertama kesayangannya, Gabby, telah mati semalam.

Menerusi sebuah perkongsian video yang dimuat naik oleh @nadia_nanad02 , memaparkan Zara Zya yang sedang menangis kerana menceritakan berita sedih itu kepada peminatnya secara live di laman TikTok.

Difahamkan, pelakon ini menjelaskan bahwa kucing pertamanya yang bernama Gabby dibela semenjak kecil lagi dan sentiasa menemani dirinya di rumah ketika melakukan kerja harian.

“Kucing pertama saya, Gabby, mati hari ini (semalam). Saya beli masa kecil, Gabby selalu teman saya tidur, makan, kadang-kadang Gabby tak nak makan kalau saya tak teman dia, manja sangat…sampaikan dia gastrik tak nak makan sebab tak teman. Saya baru balik penggambaraan, sampai je rumah saya terus tanam Gabby. Sekarang kucing saya ada tiga,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, dia turut merasa hairan dengan individu yang menganggap kehilangan seekor kucing serta menangis kerananya adalah sesuatu perkara yang lawak. Zara mengatakan kucing juga merupakan makhluk yang bernyawa malah mereka sudah seperti anak-anaknya.

“Saya tak faham kenapa orang ketawa bila saya menangis sebab kucing, beri ubat, pergi klinik dan sebagainya. Kucing pun makhluk yang bernyawa, saya bela mereka seperti anak saya sendiri..saya tak faham orang yang tak ada perasaan, ketawakan saya bila saya cakap mengenai kucing,” ujarnya.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut merasa simpati dengan Zara Zya di atas kematian kucing pertamanya, Gabby.  Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan kesedihan tentang perkara itu hanya boleh dirasai oleh seorang pencinta kucing yang menganggap seperti keluarga sendiri.

Antara komen warga maya:

“Hanya pencinta haiwan je tahu perasaan ni..”


“Pencinta n pembela kucing jer tau ape perasannyer bila kehilangan kucing..”

“org yg faham dan mempunyai sifat kasih sayang terhadap haiwan saja yg akan rasa bila kehilangan haiwan yg kita sayang yg dah macam keluarga..”

“Sumpah aku menangis. Sbb aku pernah kehilangan kucing. Sakit dia ibarat hilang anak. Skrg ada lgi seekor. Tkut nk hadap smua tu lagi..”

Video yang tular di laman TikTok:

@nadia_nanad02 semoga tabah diatas kehilangan kucing pertama 🥺🥺🥺#zarazyaofficial #kucing #videosad #fyp #budinburgerbatu5 ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Continue Reading
Advertisement