Siapa sangka hanya kerana mahu membuang jerawat di muka menjadi satu ‘titik hitam’ dalam kehidupan.
Itu lah yang terjadi kepada seorang remaja yang disahkan mengalami buta selepas memicit jerawat pada hidungnya, yang juga menyebabkan wajahnya membengkak.
Menerusi laporan The Sun, Mary Ann Regacho yang berusia 17 tahun dari Filipina mengalami penyakit misteri itu kesan daripada tindakannya yang memicit bintik dan jerawat pada wajah.
Sebelum ini Mary juga mengadu mengalami masalah jerawat disebabkan hormon tidak stabil, selepas melahirkan anak ketika usianya 16 tahun.
Sedar akan bintik jerawat yang naik pada wajah, Mary memicit beberapa bahagian pada hidungnya, sebelum mengalami kesakitan selang beberapa hari.
Namun rasa sakit itu semakin merebak teruk hingga menyebabkan sebahagian daripada wajahnya membengkak. Akibatnya, Mary kini buta kedua-dua belah mata.
”Saya fikir ia hanya jerawat biasa, tetapi sangat menyakitkan sehingga saya tidak dapat tidur malam. Saya mencuba segalanya untuk kembali sembuh, tetapi tidak berjaya.
“Sekarang saya rasa wajah saya tidak sama lagi seperti dahulu”, ujar Mary.
Mary juga tidak mampu untuk menjalani pembedahan dan kos rawatan lain kerana suaminya, Albert Sales, bekerja sambilan di ladang jiran tanpa pendapatan tetap.
Albert telah meminta bantuan orang ramai bagi menampung kos rawatan isterinya.
Menurutnya dia tidak mampun menanggung keseluruhan bayaan kerana berpendapatan rendah dan mempunyai seorang anak berusia setahun.
“Saya ingin meminta sumbangan kepada orang-orang baik agar akhirnya kami dapat menghantar isteri saya ke hospital.
“Kami hanya memperoleh cukup wang untuk diri sendiri dan bayi kami yang berusia satu tahun jadi saya tidak dapat membayar bil perubatannya.”