Connect with us

#MalaysiaBaru

Harga Cecah RM2,000 Sekilogram! Wartawan Ini Nekad Berhenti Kerja

Kalau beberapa tahun lepas, beliau mencari rezeki sebagai seorang wartawan, kini bidang pertanian pula menjadi punca pendapatan utamanya.

Mohamad Feisal Mohamad Norawi, bekas wartawan yang kini menjadi petani moden dengan menjadikan penanaman vanila sebagai pencetus penghijrahan kariernya.

Feisal yang berusia 37 tahun itu pernah bertugas sebagai wartawan sebuah akhbar tempatan, membuat keputusan untuk menukar kerjaya pada tahun lepas, lapor KampusUOLS.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) dan Diploma Pembangunan Manusia Universiti Putra Malaysia itu berkata minatnya untuk menanam vanila tercetus selepas menamatkan pengajian pada 2006 dan melakukannya sebagai kerja sampingan.

Menurutnya, dia sudah menyenaraikan beberapa jenis tanaman untuk diusahakan di atas tanah keluarganya dan mendapati vanilla adalah yang terbaik.

Ini kerana ianya masih belum diusahakan secara meluas dan komersial di negara kita.

Pada awalnya, Feisal memulakan projek penanaman vanilla ini dengan modal RM20,000 dan bantuan syarikat swasta.

Di antara produk vanilla – Frozen Vanilla Yogurt

Walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi, Feisal berjaya membuktikan usahanya berbaloi apabila pokok yang ditanam mengeluarkan hasil pada 2014 dan pembeli dari luar negara termasuk Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia dan Jerman mula menghubunginya untuk mendapatkan bekalan vanilla miliknya.

Rentetan itu, Feisal nekad berhenti kerja pada awal tahun lepas dan memberi sepenuh perhatian kepada tanaman vanila yang dikomersilkan di bawah jenama Amani Vanilla Temerloh.

Sehingga kini, Feisal memiliki 2,500 pokok vanilla yang diusahakannya secara konvensional dan akan memulakan tanaman secara moden untuk pokok yang baru.

Menurut Feisal, harga vanila di pasaran dunia semakin meningkat dan boleh mencecah RM2,000 sekilogram kerana permintaanya yang sangat tinggi.

Semoga perniagaan yang diusahakan oleh Feisal bertambah maju dan menyumbang kepada ekonomi negara.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.