Kasih sayang adik beradik ini tidak akan boleh terpadam walau apa jua yang berlaku. Walaupun sering bergaduh namun bak kata pepatah ‘air yang dicincang takkan putus’.
Siapa yang tidak teruja jika dapat adik baharu bukan? Kalau dahulu menjadi perhatian utama ibu ayah, kini abang kakak pula yang tidak sabar untuk berjumpa ahli baharu dalam keluarga.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan gelagat seorang budak perempuan menjaga adiknya yang baru lahir mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @dhaamirh, dapat kita lihat dia merakamkan beberapa momen anak perempuan keduanya melayan si adik yang baru saja lahir.
Jika dilihat, jelas nampak kakaknya ini begitu sayang akan si adik malah ramai yang memuji sikapnya yang bertanggungjawab walaupun di usia yang sangat muda dan kecil.
Difahamkan, kakak sulungnya pun tidak semahir dia yang pandai mendukung dan mendodoi adik mereka. Menurut ibunya, hari-hari dia tidak sabar nak balik dari sekolah kerana ingin menjaga adiknya itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen teruja melihat keakraban dan kasih sayang dalam hubungan adik beradik.
“Good parenting. Tahniah puan kerana berjaya mendidik anak untuk jadi macam ni”- Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga kagum dengan didikan yang diberi oleh ahli keluarga terutamanya ibu ayah mereka sehingga melahirkan anak yang bagus dan bertanggungjawab.
Antara komen warga maya:
“Alhamdulillah seorang kakak yang penyayang kepada adik2nya..”
“Kakak meringankan keje ibu.. pandai jaga adik.. semoga kakak, adik membesar dengan sihat..”
“Pandai nya kakak jaga adik.. comel dua2”
“Semoga anak sulung perempuan saya pun macam niii bila besar nanti boleh jaga adik adik dia dengan baik nanti”
“Comelnya kakak.. pandai jaga adik”
“Sis… tolong jangan buat saya rasa nak ada baby lagi.. dengan mengharapkan anak saya jadi macam ni juga”
“Sifat penyayang kakak adik ini semuanya bermula dari ibu ayah yang betul2 caring akan anak2 mereka.. semoga kasih sayang ini sampai ke syurga”
Video yang tular di laman TikTok: