Connect with us

Viral

“Hari jadi paling sukar,” Sahabat Rapat Maut Digilis Lori, Gadis Meraung Tak Sempat Jumpa Kali Terakhir

“Hari jadi tahun ni adalah yang paling sukar buat saya kerana rasa macam hilang adik sendiri. Tiada langsung rasa nak celebrate, mungkin hanya doa dititip dan ziarah ke kubur dia.”

Begitulah rintihan pilu seorang gadis yang baru sahaja kehilangan teman rapatnya beberapa hari yang lalu.

Gadis yang dikenali sebagai Nurul Shahira berkata, teman rapatnya itu, Nur Qurattul Aini, 22 maut dilanggar sebuah lori pada 2 November lepas.

Lebih menyayat hati, Shahira tidak sempat untuk menatap wajah temannya itu buat kali terakhir sebelum disemadikan atas kerana bercuti bersama keluarganya di Cameron Highlands, Pahang.

Menerusi laporan mStar, Shahira berkata dia menerima khabar duka tentang pemergian sahabat yang dianggap darah daging sendiri itu semasa dia dalam perjalanan untuk pulang dari Cameron Highlands.

“Kalau nak diikutkan, rumah kami jaraknya dua, tiga minit je…kami sekampung. Nak dijadikan cerita, hujung minggu itu saya tengah bercuti dengan famili dekat Cameron. Hari arwah Aini kemalangan, ia adalah hari terakhir kami bercuti di sana.”

“Masa dah bertolak pulang dari Cameron, ketika jalan tengah sesak teruk tengah hari tu, saya dapat call daripada kawan abang arwah. Dia hantar gambar motor arwah yang tersadai dan tanya ‘betul ke ini Aini?'”

“Saya terus call Aini tapi tak dapat, kemudian saya call abang dia. Luluhnya hati bila abang dia beritahu, Aini sah kemalangan dan meninggal dunia. Saya meraung dalam kereta dan keluarga saya terutama ibu sedih sangat.”

“Kami batalkan rancangan nak singgah tempat lain sebaliknya terus pulang ke Kemaman. Dalam perjalanan, semua diam sebab terlalu sedih,” kata Shahira, 22 tahun.

Shahira berkata, akibat kesesakan aliran trafik yang teruk pada hari itu, dia dan keluarganya tiba di kampung lebih kurang jam 1 pagi.

“Kalau nak tahu, sepanjang perjalanan saya menangis dan beberapa kali muntah. Saya tak henti berdoa moga saya ada kesempatan nak tatap wajah arwah sebelum dia dikafan dan dikebumikan, namun apakan daya.”

“Arwah dikebumikan sekitar pukul 12 tengah malam….. saya hanya lewat satu jam saja. Terkilan dan sedih sangat. Seperti Allah tak izin saya jumpa dia. Mungkin nanti kalau berpeluang, saya tak dapat kawal rasa sedih teramat.”

“Jadi saya reda walaupun hanya dapat tengok ‘rumah baru’ arwah saja. Saya anggap ada hikmah yang Allah aturkan,” ujar Shahira yang juga penuntut ljazah Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Shahira turut menceritakan beberapa kejadian yang seolah-olah petanda sebelum sahabatnya itu menemui ajal.

“Tak tahu kenapa, hari arwah meninggal dunia, dari pagi ada je semua benda tak kena berlaku masa kami bercuti. Secara kebetulan, saya, ibu dan adik pakai baju putih.”

“Kemudian, ayah pula terjatuh bilik air. Selepas itu, perjalanan pulang kami ambil masa terlalu lama sampai tak sempat tengok arwah.”

“Kalau diingat semula, ada lagi benda yang bermain di fikiran. Sebelum kejadian, arwah yang juga seorang guru tadika minta cuti panjang dengan pengetuanya dan beritahu ramai orang nak datang rumah.”

“Pengetuanya ingat ada kenduri dan arwah nak habiskan cuti tahunan. Rupa-rupanya memang betul dia ‘bercuti panjang'”, khabarnya lagi.

Berkongsi cerita mengenai keakraban mereka pula, Shahira menyatakan mereka sudah saling mengenali sejak di bangku sekolah lagi, tetapi mulai akrab ketika masing- masing masuk ke tingakatan lima.

“Lima tahun bersahabat namun tempoh itu sudah cukup buatkan kami akrab. Pergi ke mana-mana bersama, pakai baju pun sama, malah keluarga kami pun akrab sebab dah anggap masing-masing macam anak sendiri.”


“Arwah sangat baik, pandai ambil hati dan dia suka buat surprise. Saya tertunggu-tunggu sebenarnya apa kejutannya masa birthday saya 8 November nanti. Tak sangka pemergiannya adalah kejutan yang diberi,” katanya lagi.

Terkejut perkongsiannya di aplikasi TikTok menjadi viral, Shahira berkata dia hanya mahu meluahkan rasa kesedihan terhadap pemergian sahabatnya dan mengimbas kembali momen-momen bersama.

Video tular di laman Tiktok:

“Alfatihah”

 

@shahjurz Alfatihah #imissyou ♬ original sound – Shah

“Alhamdulillah, saya terharu sangat ramai yang doakan dan sedekahkan Al-Fatihah untuknya.”

“Secara tak langsung, saya cuba sampaikan mesej agar hargai sahabat masing-masing. Semurah mana pun gajet kita, tapi rekodlah video walaupun simple.”

“la sangat bermakna kalau dia atau kita yang tiada lagi nanti. Selain kekal dalam ingatan, tapi kita iuga boleh tengok momen-momen yang dirakam banyak kali. Dan paling penting, jangan malu mengaku perasaan sayang kepada mereka,” tambahnya lagi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.