Connect with us

Selebriti

“Hari ke-47 bernafas guna mesin, masih tak dapat dengar Baby D nangis” – Abby Abadi

Semalam Pelakon Abby Abadi berkongsi perkembangan bayi bongsunya Muhammad Danial Firman Faizal menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Pejam celik sudah 47 hari usia bayinya itu setelah Abby Abadi selamat melahirkan putera bongsunya pada 27 September lalu.

Abby sering memanggil nama manja bagi bayinya itu dengan panggilan Baby D. Beliau juga sering berkongsi perkembangan Baby D bersama pengikutnya di laman Instagram.

Berat Baby D bertambah

Beliau dan suami memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila Baby D dapat kekal bertahan dan semakin sihat berkat doa ramai.

 

View this post on Instagram

 

Muhammad Danial Firman Faizal ❤️ . 13Nov 2019: Hari yg ke 47 hari ni. Alhamdullillah. Syukur pada ALLAH, berkat doa semua, Baby D terus kuat bertahan 🥰 . Nak cerita banyakpun serba salah sebenarnya sbb takut seronok2 sangat, tiba2 apa yg Baby D lalui sebelum ni datang balik. Tu yg ingat nak simpan dulu tu. Tunggu Baby betul2 sihat, betul2 dah buleh duduk dgn Mama Abah, Abang Kakak semua nanti, baru Mama terobek semula ok ke? 🙊🥰 . Yg buleh Sy kongsikan serba sedikit: Skrg Baby Danial kami masih di NICU, HSB, masih dalam inkubator. Masih bernafas guna machine. Bila dah bernafas guna machine, tiub sambung ke anak tekak, jadi masih tak dpt dengar lagi Baby D menangis. Juga masih.. minum susu guna tiub terus ke perut. Cuma… beratnyalah yg makin bertambah dari hari ke hari. Terbaru dari 535gram awal kelahiran haritu, hari ni dah 892gram 🥰 . Ada soalan? Hehe.. Tu je yg dapat share skrg ni.. Semoga ALLAH kurniakan Afiyah buat Muhammad Danial Firman & semua baby prem yg sedang bertahan 🥰 . 🌸Allahumma inni as aluka al-‘afiyah*. (Ya Allah, aku memohon kepada MU ‘afiyah). . Apa makna ‘Afiyah..??? . ‘Afiyah bermaksud : “Untuk menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yg menimpa”. . 👉Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam ‘afiyah. . 👉Untuk mempunyai wang yg cukup, kita haruslah berada di dalam ‘afiyah . 👉Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dlm ‘afiyah. . 👉Untuk mahukan anak2 kita di lindungi, kita perlu berada di dlm ‘afiyah. . 👉Dan jika kita sudah diampuni &tidak dihukum, kita berada dalam ‘afiyah. . Jadi, pada asasnya ‘Afiyah itu bermaksud : “Ya ALLAH, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan”.Ini termasuk utk di dunia & di akhirat. . Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia dtg kembali kpd Nabi (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata : . “Ya Rasulullah, do’a ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar.” . Nabi (ﷺ) lalu berkata : “Wahai bapa saudara ku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk ‘Afiyah, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yg lebih baik daripada ‘afiyah. Ia adalah satu do’a yang mudah namun terbaik.” ❤️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Perkembangan terbaru Baby D

“Muhammad Danial Firman Faizal, 13Nov 2019. Hari yang ke 47 hari ni. Alhamdullillah. Syukur pada ALLAH, berkat doa semua, Baby D terus kuat bertahan”.

“Nak cerita banyak pun serba salah sebenarnya sebab takut seronok2 sangat, tiba-tiba apa yang Baby D lalui sebelum ni datang balik”.

“Tu yang ingat nak simpan dulu tu. Tunggu Baby betul2 sihat, betul2 dah buleh duduk dengan Mama Abah, Abang Kakak semua nanti, baru Mama terobek semula ok ke?”.

Masih tidak dapat dengar Baby D menangis

“Yang buleh saya kongsikan serba sedikit, sekarang Baby Danial kami masih di NICU, HSB, masih dalam inkubator”.

“Masih bernafas guna machine. Bila dah bernafas guna machine, tiub sambung ke anak tekak, jadi masih tak dapat dengar lagi Baby D menangis”.

“Juga masih minum susu guna tiub terus ke perut. Cuma beratnyalah yang makin bertambah dari hari ke hari. Terbaru dari 535gram awal kelahiran haritu, hari ni dah 892gram”.

Semoga Baby D terus kuat dan semakin beransur sihat dari hari ke hari. Kami doakan semoga urusan Abby sekeluarga dipermudahkan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.