Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tragedi duka dimana berlakunya tanah runtuh di Father Organic Farm yang terletak di Jalan Batang Kali-Genting Highlands.
Meragut nyawa puluhan mangsa, sehingga kini operasi mencari dan menyelamat masih (SAR) giat dijalankan bagi mencari mangsa-mangsa yang masih belum dijumpai.
Pun begitu, usaha menyelamat bukanlah satu perkara yang mudah sehinggakan ia memerlukan bantuan dan tenaga dari ramai pihak terutamanya anggota bomba dan polis serta mengambil masa yang lama.
Terbaru, pada hari ke-6 pencarian, laungan azan dikumandangkan di lokasi tragedi oleh seorang anggota bomba dipercayai sebelum mereka memulakan operasi SAR pagi tadi.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, kelihatan anggota tersebut berdiri sambil melaungkan dalam usaha mencari mangsa yang masih hilang.
“Laungan azan di kawasan pencarian turut dilakukan,” ujarnya di ruangan kapsyen
Difahamkan, dua mayat termasuk kanak-kanak perempuan dan lelaki dewasa ditemukan masing-masing sekitar jam 11.15 malam tadi serta 11.50 pagi tadi.
Sekadar rekod, Maklumat dikemaskini setakat jam 11:50 pagi pada Rabu, 21 Disember 2022 , sejumlah 94 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku. 61 orang dalam keadaan selamat dan cedera. Manakala 26 orang meninggal dunia iaitu 5 kanak-kanak (Lelaki), 3 kanak-kanak (Perempuan), 13 Dewasa (Wanita) dan 5 Dewasa (Lelaki). Pencarian masih berjalan atas pencarian 7 mangsa yang tidak ditemui lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak dengan usaha pihak penyelamat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh.
Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan kesemua mangsa dapat dijumpai dengan segera.
Antara komen warga maya:
“Semoga dipermudahkan segala urusan mereka dalam mencari mangsa yang tertimbus”
“Sebak dibuatnya.. moga dipermudahkan pencarian dan terima kasih kepada anggota SAR semua yang berbakti”
“Rasa sebak dan sayu je bila dengar azan berkumandang ni.. semoga Allah mudahkan urusan SAR hari ini”
Video yang tular di laman Facebook: