Pelawak kegemaran ramai Achey berkongsi berita gembira setelah 10 tahun menanti dan menabung untuk memenuhi impiannya.
Achey miliki rumah impian setelah 10 tahun menanti
Akhirnya, Achey kini sudah berjaya memiliki sebuah rumah impian tiga tingkat hasil simpanannya.
Menurut Achey, beliau menyimpan wang selama 10 tahun, dan untuk mencukupkan baki mendapatkan wang tersebut dia terpaksa menjual empat buah motorsikalnya.
Menabung 10 tahun untuk beli rumah sendiri
Ujar pelawak ini lagi, beliau dan isteri menggunakan wang simpanan untuk membeli kediaman itu dan dijangka berpindah selepas Hari Raya Aidiladha ini.
Sebelum ini, Achey berkongsi beberapa keping foto hiasan dalaman rumah baharunya selepas proses pengubahsuaian di laman Instagram pada Khamis.
“Tibalah masa saya bagi teaser gambar-gambar yang korang nak tahu sangat rumah baharu saya”.
Jual benda bukan keperluan untuk dapatkan rumah impian
“10 tahun dik bukan tahun yang sikit nak fokus kumpul duit, jual benda yang bukan keperluan untuk dapatkan rumah impian”.
“Allah yang susun, bukan perkara yang perlu saya bangga-banggakan. Sebab semua miliknya dan hakikatnya masih hutang”.
Menyimpan untuk masa depan
“Tapi benar kata ibu bapa, guru-guru sekolah dan nasihat-nasihat orang lama. Menyimpan untuk masa depan”.
“Setiap perkara kita buat mesti ada target. walaupun 10 tahun, asb, motosikal dan beberapa kehendak yang kami ada kami cairkan untuk renovasi”.
Esok kita kongsi gambar depan umah
“Tinggalkan keperluan dalam hidup dan untuk pekerjaan dan In shaa Allah mana yang nak tau esok kita up gambar depan umah”.
Terdahulu, Achey yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahya sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat diberi nama Nur Tiara Zinnirah pada tahun 2018.
Rata-rata netizen turut meninggalkan reaksi positif dan mendoakan semoga urusan pelawak ini dipermudahkan.