Pelakon cantik Rozita Che Wan sebelum ini pernah dihambat kontroversi apabila Che Ta didakwa lambat membayar gaji pekerjanya itu.
Perkara yang berlanjutan agak lama itu menjadi perbualan warga maya yang kebanyakannya menyokong bekas pemandunya.
Terbaru, Che Ta sekali lagi menimbulkan spekulasi apabila satu foto yang dimuat naik di Instagram Story.
Di dalam foto tersebut, Che Ta memberi amaran kepada semua pengikutnya agar berhati-hati dengan seorang individu yang dipercayai sebagai bekas pekerjanya.
Walaubagaimanapun, individu tersebut yang bernama Jiman telah memberikan penjelasan melalui Instagram miliknya.
BACA: “RM1,500 pun taknak bayar” Che Ta Didakwa Tak Bayar Gaji Driver?
Jiman juga telah mengakui berbuat salah dengan artis tersebut namun Che Ta seakan tidak maklum perkara itu.
Menurut Jiman lagi, keretanya telah menjadi cagaran atas kesalahan yang dibuat di mana nilai kesalahannya itu sama dengan nilai kereta tersebut.
Jiman juga tidak faham mengapa Che Ta masih lagi mahu menularkan wajahnya di media sosial Instagram itu.
Perkara ini telah membuatkan sebilangan netizen muak dengan apa yang dilakukan Che Ta.