Minggu lepas, rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Hindu baru sahaja meraikan perayaan Deepavali. Dapat kita lihat di media sosial ramai yang mengenakan pakaian tradisional seperti sari dan kurta. Bukan sahaja berwarna warni, malah cantik-cantik belaka!
Bagaimanapun, kita yang bukan berbangsa India dan beragama Hindu perlu tahu membezakan antara budaya dan agama. Terutama sekali kita yang beragama Islam. Ditakutkan akan jatuh hukum lain.
Baru-baru ini, seorang doktor perubatan yang juga namanya terkenal di platform TikTok terpanggil untuk membuat sedikit teguran kepada mereka yang beragama Islam dalam mengenakan pakaian tema Bollywood.
Dr Malar Santhi memberi teguran mesra khasnya kepada wanita beragama Islam yang gemar memperagakan pakaian tema Bollywood dalam sesuatu majlis.
Katanya, dia melihat ramai muslimah memakai pakaian tradisional India seperti sari, lengkap dengan perhiasan kaum India bagi mengikut tema dalam majlis sedemikian.
Bagaimanapun, Dr Malar menjelaskan wanita Islam harus pandai membezakan antara budaya bangsa India dan agama Hindu. Antaranya penggunaan pottu di dahi yang diamalkan dalam agama Hindu.
Menurutnya, nasihat yang diberikan adalah kerana dia banyak bergaul dengan rakan-rakan yang beragama Islam dan mengetahui penting untuk menjaga hukum seperti syirik dan haram.
“Jadi berhati-hati ketika anda mengenakan tema Bollywood dan jangan sampai tersasar, ambil yang budaya sahaja, berhati-hati dengan komponen agama Hindu.” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata berterima kasih kepada Dr Malar yang prihatin memberi pesanan kepada rakan-rakan beragama Islam. Malah dia dikatakan contoh influencer yang terbaik kerana memberi panduan berguna terhadap isu sensitif.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di Twitter
Video yang tular di laman TikTok