Connect with us

Semasa

“Hati saya benar-benar kosong,” Dr Hana Kongsi Ramai Doktor Menangis Kecewa Tak Mampu Selamatkan Pesakit Covid Muda

Dikala ada dikalangan kita yang masih menunding jari kepada orang atasan kerana kes Covid-19 semakin meningkat, tambahan pula ada yang tetap berdegil tidak mahu mengambil vaksin, ada juga fronliners yang sedang bertungkus lumus menghadap kematian dan masih berusaha menyelamatkan nyawa insan yang tersayang setiap masa sehingga tidak mampu untuk berkata-kata.

Begitulah luahan seorang doktor yang dikenali sebagai Hana Hadzrami yang sering memuat naik kisah realiti sepanjang beliau mengedalikan kes Covid-19 ini.

Beliau sering berkongsi menerusi akaun Facebook miliknya. Beliau melahirkan rasa sedih dengan cabaran varian baharu yang menyerang pesakit dengan cepat.

Terbaharu, Dr Hana Hadzrami terpanggil untuk membuat coretan tentang isu ini ddan berkongsi di laman Facebook miliknya.

“Semalam pesakit COVID-19 saya meninggal. Cardiac arrest ketika dalam posisi telangkup, intubated. Kelam kabut kami telentangkan dia untuk CPR.

“Tekanan saluran pernafasan sangat tinggi namun bukan disebabkan tiub tersumbat atau terbengkok.’

“Memang perubahan ARDS paru-paru beliau sangat teruk dengan tekanan yang tinggi.
Beliau baru awal 40an. Semenjak kami tahu yang beliau balu dengan anak dua; kami memang sangat berwaspada.’

“Bayangkan semenjak masuk ICU, kami tak perasan yang setiap hari kami duk update melalui telefon, anak beliau yang baru berumur 15 tahun. Semua sangka bercakap dengan anak dewasa. Sampailah hari saya on call baru tahu.’

“Beliau tinggal di rumah kuarantin berdua dengan adiknya yang berumur 12 tahun. Kami tanya ada saudara mara lain? Langsung tiada. Tiada datuk nenek. Tiada pakcik makcik. Ayah dah meninggal. Hanya jiran yang baik hati tolong hantar makanan semenjak ibu mereka masuk wad.’

“Dalam dunia cuma mereka bertiga. Bayangkan. Jadi kami lakukan CPR dengan penuh kesungguhan. Terlalu desperate sambil berdoa dalam hati; Tuhan, ampunkan kami semua, tolonglah selamatkan dia. Namun dia tetap pergi.”

Menurutnya lagi, hatinya benar-benar kosong selepas doffing. Namun kesedihannya hanya seketika kerana dia harus kuat mengawal emosi sebagai doktor tatkala masih ramai pesakit yang perlu dihadapi.

“Sewaktu saya suruh MO sampaikan berita pada anak beliau pada jam 1 pagi; dalam hati saya tertanya; bagaimana lah budak umur 15 tahun nak uruskan pengkembumian ibunya.
Hati saya benar-benar kosong waktu saya mandi selepas doffing.

“Menangis dalam shower. Namun kesedihan itu tak bertahan lama. Setengah jam kemudian saya dipanggil masuk ke ICU kerana ada pesakit lain yang berumur 30 tahun tiba-tiba desaturate (paras oksigen darah turun).

“Tukar tiub, telangkupkan dia. Sibuk sampai ke pagi.

“Begitulah keadaan kami. Berapa ramai pakar dan doktor muda menangis kecewa sebab tak mampu selamatkan pesakit Covid muda.

“Sekarang umur 20-30 tahun pun boleh meninggal secara tiba-tiba depan mata. Licik sungguh varian baru ini.

“Kami sedih namun tak sempat berduka. Segala keperitan kami simpan jauh dilubuk hati. Simpan simpan simpan hingga hati keras dan kebas.

“Sampai bila?”

Beliau turut berharap agar rakyat Malaysia tabah dan terus kekal menjaga SOP disaat varian kalini lebih mudah tersebar.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.