Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.
Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai telatah mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.
Tidak dinafikan, gelagat kanak-kanak nyata membuatkan hari-hari kita terhibur. Ada sahaja idea dan percakapan mereka yang membuatkan kita tidak kering gusi mendengar. Senang cerita, boleh sunyi kalau tak ada diorang sehari.
Sama juga dengan kisah yang tular kali ini dimana seorang budak lelaki’terpengaruh’ dengan neneknya yang gemar melayan K-drama sehingga si cucu ini pun terikut cakap bunyi Korea.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @rosafidaismail, si kecil bernama Naufal ini dengan comelnya menjawab apabila disuruh ibunya bercakap dalam bahasa Cina, “…Hayonaseyo”. Walaupun bukan bahasa Cina jawapannya itu, namun dia tetap menghiburkan!
“Abang nak nasi goreng cina tak? Cakap cina dulu,” kata si ibu.
Bukan itu sahaja malah budak cerdik ini juga sudah mula menghafal lagu OST k-drama yang didengarinya. Memang hebat betul!
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 242.1K tontonan, 13.8K tanda suka, 241 komen dan 182 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan budak lelaki tersebut yang berbahsa Korea apabila diminta berbahasa Cina.
“Kalau dulu orang terpengaruh dengan zaman filem Hindustan, sekarang ni K-drama pula!” – netizen
Bukan itu sahaja, malah para netizen juga kagum melihat anak ini yang mula berjinak-jinak memahami bahasa lain selain bahasa ibunda dan bahasa inggeris kerana terdapat pelbagai kelebihan jika kita menguasai pelbagai bahasa.
Berikut merupakan komen warga maya:
“ui script mana dia hafal ni.. bijak dik”
“alah dik cakap je gong xi fa chai”