Menjaga anak kecil bukanlah satu perkara yang mudah bahkan memerlukan kesabaran yang amat tinggi kerana adakalanya mereka akan melakukan perkara yang langsung tak masuk dek akal dan ada kalanya mencuit hati.
Manakan tidak, anak-anak dalam fasa membesar memang gemar meneroka kehidupan sehinggakan ibu bapa perlu memberi perhatian yang lebih untuk mengawasi mereka.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu berkongsi detik cemas ketika membawa anak kecilnya ke pasar mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @aldariyahusna, kelihatan dia sedang berada di sebuah pasar untuk membeli barangan.
Tidak dapat dijelaskan bagaimana situasi boleh berlaku, tiba-tiba anaknya hilang daripada pandangan ketika dia sibuk mencari barangan.
Mula risau dan cuak mencari, dia hingga pusing satu pasar pagi tapi masih lagi belum ditemui.
Ketika sedang sibuk mencari, dia dipanggil oleh bapanya yang juga merupakan seorang peniaga ikan dipasar tersebut.
Siapa sangka, dia terkejut melihat anaknya yang sedang sakan bermain di dalam tong ikan. Walaupun geram melihat gelagat anaknya namun dia akui bersyukur kerana melihat anaknya dalam keadaan baik dan sihat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat budak perempuan tersebut yang duduk di dalam tong ais bersama ikan.
“Atuk-atuk memang suka buat mak cucu dia cemas, kan?”,- Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga akui perkara diluar jangkaan begitu sering berlaku, terutamanya bila meninggalkan anak di bawah jagaan datuknya.
Antara komen warga maya:
“Berlakon je tu mintak tolong.. belakang mommy dia lah orang yang terhappy”
“Atoknya pun, kuat menyakat..”
“Mesti ke kacau atok susun ikan nih..”
“Sian dia.. healing ke tuuu”
“Itu la kalau dengan cucu apa pun boleh kan kalau anak2 pi dok dalam tong tu memang mendapat la..”
Video yang tular di laman TikTok: