Connect with us

Viral

“Hebat didikan ibu ayah” Ibu Terharu Rakan Anak Tolong Angkat Beg Sekolah Turun Tangga Setiap Hari

Benar seperti yang sering diperkatakan, setiap persahabatan mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri bahkan sahabat yang baik juga akan sentiasa ada tidak kira susah mahupun senang.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini sempat merakamkan satu moment yang membuatnya terharu mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya iaitu @wanie811, memaparkan rakan anaknya yang membantu kanak-kanak tersebut membawa beg menuruni tangga setiap hari.

“Terima kasih Rayyan tlg anak auntie hari2 angkat beg.. semoga Allah permudahkan urusan Rayyan semoga Rayyan berjaya dunia akhirat Aamiin- katanya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, rakan anaknya yang dikenali sebagai Rayyan setiap hari membantu mengangkat beg anaknya kerana beg tersebut beroda dan perlu menuruni tangga.

Bukan itu sahaja, malah disebabkan berat dan tubuh anak Wanie bertubuh agak kecil, Rayyan setia membantu bersama-sama membawa beg tersebut turun walaupun dia sendiri turut memikul beg sekolah.

Bagi mengelakkan salah faham, ibu ini tampil memaklumkan dia telah membelikan beg sandang untuk anaknya, namun anaknya hampir sahaja jatuh kebelakang kerana tidak kuat mengangkat beban buku yang dibawa.


Video yang tular di laman TikTok:

@wanie811Trima kasih rayyan tlg anak auntie hari2 angkat begsemoga Allah permudahkan urusan Rayyan semoga Rayyan berjya dunia akhirat Aamiin

♬ original sound – – ⚓

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 239.5K tontonan, 22K tanda suka, 625 komen dan 176 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terharu melihat nilai murni yang ditunjukkan oleh Rayyan terhadap orang ramai.

Dalam masa yang sama para etizen juga kagum dengan cara didikan ibu bapa Rayyan sehingga dapat membentu kepribadian yang sangat baik sehingga mampu menghulurkan tangan pada mereka yang berada dalam kesusahan.

Betul kata orang, anak ini bagaikan kain putih dan yang akan mencorakkannya adalah ibu bapanya sendiri.

Berikut merupakan komen warga maya:

“kawan sampai besar tau”

“sejuk perut ibu awak yang mengandungkan awak”

“hebat didikan ibu ayahnya”

“kat tgn dia pun[enuh tapi tetap tolng bawa beg sama2”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.