Benar seperti yang sering diperkatakan, setiap persahabatan mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri bahkan sahabat yang baik juga akan sentiasa ada tidak kira susah mahupun senang.
Sama juga dengan kisah yang tukar baru-baru ini dimana seorang budak lelaki membantu rakannya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) untuk membawa beg sekolah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ariza6074, budak lelaki yang juga merupakan seorang pengawas itu mengangkat beg rakannya menuju ke kereta dan meletakkan beg tersebut di dalam kereta.
Meninjau sebuah lagi video lain, apabila ditanya oleh wanita ini mengapa budak tersebut selalu mengangkat beg anaknya, budak lelaki itu menjawab ‘sebab dia kawan saya’
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.3M tontonan, 123.0K tanda suka, 802 komen dan 533 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan didikan ibu bapa budak lelaki tersebut yang sanggup membantu rakannya yang dalam kesusahan.
“Mesti hebat didikan mak bpk dia kn.. subhanAllah.. moga kita ibu2 terus mndidik ank2 yg berakhlak & mnyayangi semua org”- Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan itu adalah salah satu contoh persahabatan yang sejati kerana selalu ada dan tidak kisah dengan keadaan kawannya malah ada yang mengatakan dia merupakan 1 dalam sejuta.
Berikut antara komen warga maya:
“comel je dia dengan kawan dia..”
“bagus dapat kawan macam tu,, kawan sampai syurga..”
“1 dalam sejuta.. bagus didikan anak ini..”
“i feel so sad now.. semoga dipanjangkan hubungan persahabatan ini..”
“waahh baru masuk dah dapat kawan.. kawan cerminan diri.. mesti anaknya baik..”
“insan istimewa, sahabatnya pun insan istimewa”
“the real friendship, semoga erkawan di dunia dan akhirat”