Sebut sahaja tentang Roti Canai favourite rakyat Malaysia ni, pasti ramai yang terbayang akan kelembutan roti tersebut apatah lagi bila makan panas-panas.
Roti canai ini terdiri dari pelbagai jenis seperti Roti Telur, Roti Sardin, Roti Bom dan banyak lagi dan ianya juga antara menu yang sesuai dimakan tak kira masa sama ada pagi, tengahari, petang atau malam.
Sering kali kita lihat, roti canai selalunya ditebar oleh kaum lelaki dek kerana memerlukan tenaga dalam menebar roti tersebut malah ianya juga mempunyai skill yang tersendiri untuk menebar roti canai agar kelihatan cantik dan menyelerakan. Senang kata, bukan calang-calang orang yang mampu menebar roti canai ni.
Namun baru-baru ini tular sebuah video seorang gadis comel menebar roti canai mencuri perhatian ramai.
Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @ervan818, gadis itu kelihatan sedang membuat roti tisu dengan gayanya yang sangat lemah lembut dan sopan.
Gelagat gadis ini membuatkan orang ramai teruja melihatnya apatah lagi dia tersnyum sewaktu telatah comelnya itu dirakam.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 455K tontonan, 53.5K tanda suka, 671 komen dan 803 perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagu dengan bakat yang diperolehi gadis ini kerana mereka menyifatkan bakat seperti ini tidak ada dalam diri semua orang.
Berikut merupakan komen-komen daripada warga maya:
“dah la murah.. sedap pula tu.. rindu juga kedai tu..”
“tak payah letak susu tengok dia pun dan tahu manis.. semoga murah rezeki..”
“pandainya.. cantik.. moga dimurahkan rezeki..”
“orang comey dok tebar roti pun comey”
“helok je tebar.. macam org ya.. saya tebar jadi roti kirai dah..”
“nak order tuan buat roti boleh..”