Seperti yang kita tahu, gigitan haiwan liar seperti biawak sangat berbahaya. Antara ‘effect’ paling sering terjadi kepada manusia adalah muncul bengkak sesaat setelah digigit binatang ini oleh kerana bakteria yang ada dalam liur biawak mampu masuk dalam aliran darah dan mengganggu kelancaran darah untuk mengalir.
Tidak hairan lah kalau ada yang lari tak cukup tanah kalau terserempak dengan haiwan ni.
Namun lain pula dengan kish yang tular baru-baru ini dimana seorang pengawal keselamatan cuba mengeluarkan seekor biawak yang memasuki kawasan premis awam sambil menghayunkan binatang itu dalam ‘pusingan helikopter’.
Takut akan berlaku kekeliruan, ciapan asal @DailyExpress_MY bertanya kepada warga maya sama ada tindakan itu wajar dan adakah ianya termasuk dalam kategori menganiaya binatang.
Bagimana pun warganet bersatu hati mempertahankan tindakan pengawal keselamatan tersebut kerana apa yang dia buat itu adalah betul untuk mengelakkan dirinya daripada digigit oleh biawak terbabit.
Apabila seseorang menghayunkan biawak dalam ‘pusingan helikoper’, ia dapat menyukarkan biawak untuk menggigit apa-apa sahaja yang berhampiran dengannya.
Berikut antara pandangan para netizen:
Tambah orang ramai lagi, tindakan pengawal keselamatan tersebut telah menyelamatkan keadaan serta semua pihak daripada menjadi lebih teruk lagi andaikata dia tidak mengendalikan biawak terbabit dengan cara begitu.
Apa-apa pun, salute dengan tindakan berani pengawal keselamatan ini yang cuba menjaga keselamatan diri sendiri dan orang ramai.