Menjadi seorang peniaga makanan bukanlah satu perkara yang mudah, terdapat pelbagai risiko dan salah satunya adalah cuaca yang tidak menentu kini.
Pun begitu, ramai yang perlu kentalkan hati bagi mencari rezeki halal demi sesuap nasi.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana tiga beradik mencari rezeki dengan membuka gerai jalanan dan menjual Mi Sup Champa untuk kelangsungan hidup dilanda ujian hebat mencuri perhatian ramai.
Difahamkan mereka baru sahaja membuka gerai tersebut kira-kira 2 minggu namun sebagai peniaga, tentunya ada pasang dan surutnya.
Kanopi yang mereka pasang sebagai gerai untuk berniaga di Batu Muda, Kuala Lumpur berdekatan Taman Koperasi Polis Fasa II telah runtuh dibadai angin kuat dan hujan lebat.
“Hidup ini keras, baru 2 minggu kami berniaga. Hari ini kami diuji. Doakan kami kuat menghadapi pelbagai lagi dugaan. Terima kasih yang mana sentiasa support kami,” kata mereka melalui video peniaga Mi Sup Champa tersebut.
Bercerita tentang kehidupa , ketiga-tiga merek berasal daripada Terengganu dan memula perniagaan tersebut.
“Kami satu keluarga, tahun 2019 pindah ke KL. Sebelum kami pindah sini, kami dahulu asal Terengganu. Kami satu keluarga mula berniaga kecil-kecilan dan perniagaan itu pun jatuh. Dan lepas perniagaan tu drop, famiily kami macam tiada pendapatan.
“Lepastu kami bertiga, termasuk abang-abang saya decide untuk buka warung sendiri, Mi Sup Daging Champa. Sebab ayah saya pernah lah belajar dengan orang Kemboja buat mi sup ni. Lepastu saya pun belajar dengan ayah saya.
“Lepastu bincang semua, terjadilah Champ ni (perniagaan sekarang),” katanya dalam video berlainan menceritakan bagaimana permulaan mereka mejadi Peniaga Mi Sup Champa.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mendoakan agar segala uruan tiga beradik ini dipermudahkan dan menyifatkan setiap ujian yang dihapi mereka pasti mempunyai hikah yang tersendiri.
Bukan itu sahaja, netizen juga mengatakan ini akan menjadi kenangan manis buat mereka satu hari nanti membuktikan betapa hebatnya mereka mengharungi ujian demi kejayaan dan kelangsungan hidup.
Antara komen warga maya:
“Semoga dipermudahkan segala ujian.. stay strong”
“Setiap ujian ada hikmahnya kemudian hari.. mungkin rugi harini.. esok untung berganda2”
“Ini akan jadi kenangan manis bila korang berjaya suatu hari nanti..”
Video yang tular di laman TikTok: