Connect with us

Kesihatan

Hilang Hampir 20kg Semasa PKP, Wanita Ini Kongsi Rahsianya

Setiap wanita pastinya mengimpikan bentuk badan yang ideal namun bukan semua mampu menahan godaan makanan yang enak.

Tetapi lain pula dengan wanita ini, Rose Myza yang berjaya menurunkan berat badan 17.7kg dalam tempoh hanya beberapa bulan.

Mari ikuti perkongsian beliau.

Apa yang saya buat dlm 4 bulan ni?

  1. Saya cut gula. Saya tak minum manis, minum air masak je. Kalau saya teringin, saya gunakan stevia untuk gantikan gula.
  2. Saya dah tak makan fastfood dan makanan proses. Dulu seminggu 3-4kali order fastfood je. Sbb nk cepat, sbb kerja. saya jugak kurang makan makanan deep fry.. (Tapi sesekali teringin makan je, lepas tu workout 2 jam )
  3. Saya start makan sayur dan buah. Dulunya saya cume makan nasi dan lauk. Lepastu anti pada sayur sbb dari kecil tak minat, jd saya variasikan menu sampai saya suka makan sayur. Snacking yang dulunya kerepek, coklat saya gantikan dgn buah.
  4. Yang pastinya saya amalkan suku-suku separuh setiap hidangan saya. Start diet, saya suka masak sendiri, selain sihat, duit pun jimat. 
  5. Mula bersukan dan bersenam. Masa MCO hari tu saya workout 2-3jam sehari disbbkan byk masa yang terluang (maklumlah bujang, hehe). Bagi saya workout sangat penting untuk fitkan body dan bantu pembakaran kalori dgn lebih byk. Biasanya saya buat kardio dengan body weight training ikut dlm youtube je. Kalau rajin keluar ,saya akan jogging sorang2.
  6. Pada bulan pertama saya kerap amalkan detox. Lepas makan je ambil green tea, klau takde, saya akan gantikan green tea dgn lemon untuk membantu proses pembuangan. Senang lawas..
  7. Saya diet seorang diri pada mulanya, xde kwn.. Then, pada satu tahap saya pernah rasa down, sbb kurang info diet.. Alhamdulillah, saya jumpa kawan yang sama2 ada impian untuk kurus. saya ada sokongan dan semangat dekat situ. Terima kasih . 
  8. Adakalanya klau saya rajin, saya akan buat IF. ikut pada kemampuan masing2.. saya juga baru belajar diet. saya buat macam puasa biasa je.
  9. Saya cukupkan minum air masak setiap hari 3 liter..

Semuanya bergantung pada diri sendiri. saya mmg besar dari kecil, xpernah rasa kurus. Berat saya skrg sama masa saya darjah 5. 

Saya masih dalam proses penurunan bdan sbb saya masih dalam kategori overweight belum lagi masuk normal.

Doakan saya kuat dan istiqomah ya kawan2 seperjuangan. Saya doakan yang lain juga fit sebelum berakhirnya 2020 nnt. 

Rugilah diet tak makan nasi. Tapi ambil mee goreng mamak yg lagi tinggi kalori.

Masa makan sy tak menentu. Kadang lunch pukol 5. Waktu malam pon kdg2 sy makan nasi. Cume kawal kalori.

Korang try download app fitnesspal. Tgk bape kalori korang makan hari nie.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.