Lumrah pasangan orang yang sudah berkahwin, pasti ada kenangan indah dan kenangan pahit yang pernah dilalui bersama sepanjang tempoh berumah tangga.
Tapi, boleh bayangkan tak kalau suatu hari nanti segala memori yang pernah kita cipta bersama pasangan tiba-tiba lenyap begitu saja dari ingatan?
Begitulah situasi yang sedang ditempuh oleh seorang isteri bernama Puan Zainab Zainun apabila suaminya tercinta, Encik Zul mengalami masalah kesihatan sehingga memberi kesan terhadap ingatannya.
Menurut Puan Zainab, suaminya tidak ingat akan banyak perkara termasuklah status perkahwinan mereka berdua. Puan Zainab turut menunjukkan kad nikah mereka kepada Encik Zul agar suaminya itu percaya dia tidak bujang.
Jelas Puan Zainab, suaminya itu pernah koma selama 24 hari selepas jantung terhenti dan hilang ingatan sejak Mei tahun ini. Bagaimanapun, Puan Zainab tetap tabah dan sabar dengan ujian yang diberikan walaupun perlu menjelaskan perkara sama setiap hari.
Selain lupa tentang perkahwinan, Encik Zul turut dikatakan lupa tentang pemergian anak mereka, Adib. Setiap kali bercakap tentang anak, Encik Zul akan menitiskan air mata dan cuba menghadam penjelasan isterinya.
Selain itu, pandangannya sentiasa nampak kosong kerana berusaha mengingati segala memori lama walaupun sebenarnya sebelum Encik Zul sakit, dia seorang yang periang terutama sekali apabila meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
Video yang tular di laman TikTok