Connect with us

Viral

Hilang Mata Gara-Gara Kanser, Anak Masih Mampu Tersenyum Buat Ibu Sebak

Sebagai seorang ibu, mereka akan melakukan apa sahaja demi melihat anaknya sihat biarpun harus berganti nyawa pun mereka sanggup.

Persis kisah yang tukar baru-baru ini dimana keluarga kepada adik Yusuf membuat apa yang termampu demi menyelematkan nyawanya yang menghidap penyakit Cancer Retinoblastoma (RB).

Memetik laporan Siakap Keli, Ibunya Amni Kifli memaklumkan anaknya menghidap barah pada mata sebelah kanan ketika berusia 2 tahun 2 bulan.

“Yusuf diagnose Cancer Retinoblastoma (RB) pada August 2018, umur masa tu 2 tahun 2 bulan lebih kurang. Sebenarnya RB ini adalah ‘baby cancer’. Tetapi kami tak dapat detect sebab dia tak ada tunjuk tanda-tanda tak normal.”

”Sampai umur 2 tahun itu, saya rasa tak sedap hati. Sebab nampak reflection pada mata dia. Jadi, saya rujuk pada pakar mata di hospital Sungai Buloh,” ujar Amni.

Sebagai ibu dan bapa adik Yusof, sudah tentu mereka berasa sedih, pun begitu mereka lebih memilih untuk redha dengan segala ketentuan.

Terbaru, tukar sebuah video dimana dia mencuci mata palsu anaknya mencuri perhatian ramai.

Doktor telah sahkan mata kanan anaknya sudah berada dalam kategori kumpulan E iaitu final stage. Manakala, mata sebelah kiri masih dalam kategori kumpuan B. Mereka melanjutkan rawatan anaknya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Yusuf lalui prosedur enuclation (remove) mata kanan. Dan doktor dapati kanser dah merebak menyebabkan saluran optik (ni saya tak berapa pasti sebutan betul) yang sambung ke otak. Jadi, dia lalui 6 cycle chemo sampai December 2018.

Berkongsi lanjut, selang 3 minggu Yusuf akan masuk ke dewan bedah untuk buat EUA (Examination Under Aenesthetic) untuk bunuh sel kanser. Dia pakai mata tu sejak September 2018.

“Sebenarnya, doktor cakap cuci macam itu sahaja.Tapi kalau di klinik dan hospital, doktor akan cuci menggunakan saline. Kalau di rumah hanya cuci macam tu saja.”

“Tak ada spesifik cara penjagaan. Cuma bab ni agak sensitif. Ada juga orang mempertikaikan. Jadi, saya tak nak terangkan lebih lanjut melainkan ikut cakap doktor yang suruh cuci guna air paip,” jelasnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@amnikifli cuci mata 👁️😍#mommyhood ♬ at my worst – FOMY

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat semangat adik Yusuf yang sangat kuat dan tabah.

Berikut merupakan komen warga maya:
“senyum awak tu buat air mata kami jatuh”

” video ni buat saya rasa bersyukur pada nikmat allah yg allah beri pada saya”


“kita harus syukur akan segala nikmat kita. ada.semoga adik diberi kesihatan dan keberkatan”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.