[VIDEO] Dakwa Alatsulit Bekas Isteri Bau Ikan Masin, Pelakon Indo Dipenjara
Sekitar Julai 2019, seorang pelakon Indonesia Galih Ginanjar telah membuat kenyataan yang menghinaa bekas isterinya, Fairuz A Rafiq dengan mengatakan kemaluanya berbau seperti ikan masin.
Galih Ginanjar membuat kenyataan tersebut terhadap bekas isterinya itu menerusi sebuah rancangan di Youtube.
Lelaki cerita hal intim dengan isteri ketika ditemuramah
Ketika itu, Galih ditemu bual oleh Rey Utami dan Pablo. Galih ketika itu tanpa perasaan segan silu menceritakan hal rumahtangga beliau.
Difahamkan, antara isu yang diceritakan oleh Galih adalah mengenai hubungann intim mereka berdua ketika masih bergelar suami isteri hanya bertahan selama 15 minit sahaja.
Video temuramah itu telah tular
Kemudian, video tersebut dikatakan telah tular dan dilihat menjatuhkan maruah bekas isterinya itu.
Ekoran daripada itu, Fairuz bersama suaminya kini, Sonny Septian telah bertindak memfailkan saman ke atas bekas suaminya kerana telah menjatuhkan maruahnya.
Selain Fairuz yang terkesan dengan penularan video itu, anaknya juga turut terkena tempias dari isu tersebut.
Anak dibuli disekolah kerana kisah ibu bapanya itu tular
Anak Galih dan Fairuz yang bernama King Faaz juga turut terkesan apabila dia menjadi mangsa buli di sekolah kerana kisah ibu bapanya viral di internet.