Connect with us

#MalaysiaBaru

“Hoi stupid idiots!” Wanita Maki Polis di Sekatan Jalan Raya Ditahan

PETALING JAYA – “Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk everywhere menyusahkan orang!” Itu jeritan seorang wanita ke arah pasukan polis dan tentera yang sedang bertugas melakukan sekaran jalan raya Op Covid di Persiraran Surian bersempadan Kota Damansara-Damnsara pagi tadi. Wartawan MalaysiaGazette yang berada di lokasi dari awal pagi turut melihat gelagat wanita berkenaan […]

Di saat para frontliners bertungkus-lumus berusaha untuk menghalang penularan wabak COVID-19, masih ada yang manusia yang kurang ajar tidak tahu bersyukur.

Terbaru, menerusi laporan Malaysia Gazette, seorang wanita telah menjerit ke arah polis dan tentera dengan kata-kata kesat.

“Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk everywhere menyusahkan orang!”

Wanita itu menjerit ke arah pasukan polis dan tentera yang sedang bertugas melakukan sekatan jalan raya Op Covid di Persiraran Surian bersempadan Kota Damansara-Damnsara pagi tadi.

Foto: Malaysia Gazette

Ketika kejadian itu berlaku, wanita itu tiba di rumahnya selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berikutan operasi besar-besaran pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya terhadap orang ramai yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Pangsapuri wanita tersebut betul-betul bersebelahan sekatan jalan raya yang sedang dijalankan.

Wanita itu menaiki kenderaan Proton X70 berwarna putih turut membunyikan hon kereta hampir setengah jam ketika cuba mencari jalan keluar dari kesesakan ke rumahnya.

Namun sebaik sahaja tiba di perkarangan kediamannya, wanita itu memberhentikan kenderaan di hadapan pintu masuk pangsapuri sebelum menurunkan cermin pintu pemandu dan menjerit

”Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk menyusahkan orang”.

Sepuluh minit kemudian, wanita itu muncul semula dan dilihat berjalan ke arah polis untuk memberi penjelasan rasa tidak puas hati terhadap sekatan jalan raya.

Foto: Malaysia Gazette

Walau bagaimanapun, anggota polis yang bertugas meminta kad pengenalannya dan terus bertindak menahan serta diarah duduk di bawah khemah yang disediakan untuk para petugas sekatan jalan raya.

Tidak lama kemudian, wanita tersebut dibawa ke balai polis Damansara untuk tindakan siasatan selanjutnya di bawah Seksyen 7(b) dan Akta 342.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.